Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, May 6, 2012

Akma AF Bakal Nikah 30 Jun Ini

Akma AF Bakal Nikah 30 Jun Ini 
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR 6 MEI 2012: Seorang lagi bintang Akademi Fantasia yang terkenal dengan tagline Konnichiwa iaitu Akma telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.
Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang dimiliki jejaka tersebut.
"Bagi saya dia seorang yang matang dan mengutamakan keluarga. Hubungan dia bersama keluarga membuatkan saya tertarik kerana saya juga begitu. Bila hubungan keluarga ini kuat, kemesraan itu wujud," ujar Akma yang memaklumkan bahawa pertemuan pertama mereka bertempat di KLCC.
Bagi Farih pula, Akma seorang wanita yang begitu lemah lembut dan dia terkenangkan sifat dan pekerti penyanyi ini dan keluarganya juga turut menyenangi kehadiran Akma dalam hidupnya.
"Selepas berkenalan saya lihat Akma ini seorang yang tinggi budi pekertinya. Walaupun dia bergelar seorang selebriti namun dia pandai menjaga nama baik keluarganya, itu yang paling penting,"ujar jejaka yang berasal daripada Kelantan ini.
Pasangan ini akan melangsung pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 di Dewan Belia Antarabangsa Cheras dan pada tengaharinya akan berlangsung majlis persandingan bagi keluarga pihak perempuan. Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .
Rombongan pihak lelaki pada petang ini membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju melayu.
Kedua belah pihak masih belum menetapkan wang hantaran manakala mas kahwin pula mengikut tetapan oleh Majlis Agama Islam Selangor iaitu RM300.
Menurut Akma lagi, dia tidak pernah berniat untuk merahsiakan statusnya dan apabila sampai masa dia akan mengumumkan kepada rakan media khususnya.
"Sudah sampai masa saya akan jemput rakan media datang, dan hari ini sudah tertunai impian saya itu dan saya merasa lega," ujar anak keempat daripada enam orang adik beradik ini.
Pasangan ini telah memilih untuk menyarungkan busana rona merah jambu hasil daripada rekaan Boutique Chantek manakala tatarias oleh jurusolek terkenal, Famee Abdullah Radzi. Perancang perkahwinan ini juga telah mempersiapkan keseluruhan majlis pada petang itu daripada pelamin indah hingga ke hidangan buat para hadirin yang hadir.
Untuk majlis perkahwinan yang akan datang mereka masih akan menggunakan khidmat Boutique Chantek dan Ari Wedding Couture.
Ditanyakan perancangan untuk berbulan madu, Akma menjawab dia teringin mahu ke Bali kerana belum berkesempatan untuk bercuti ke pulau indah tersebut.
Turut kelihatan pada majlis tersebut adalah Edlin Af dan Zehra Zambri.
 

No comments:

Post a Comment