Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, May 6, 2012

Mania: Alyah Mantap Namun Tersingkir

Mania: Alyah Mantap Namun Tersingkir 
SHAH ALAM, 5 MEI 2012: Persembahan Alyah mungkin hebat, namun ianya tidak dapat membantu anak didik Aubrey Suwito ini dari tersingkir di minggu kelapan Konsert Mania yang berlangsung sebentar tadi.
Menyampaikan lagu Jauh Di Sudut Hati dan Kasih dari Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Alyah yang berada di bawah Empayar Biru terpaksa meninggalkan Galaksi Mania kerana mendapat undian SMS terendah dari penonton.
Minggu ini, semua peserta Mania dikehendaki menyampaikan medley lagu-lagu malar segar sempena memperingati lagenda-lagenda muzik tanah air juga luar negara.
Selain Alyah yang tersingkir, 8 peserta lain yang membuat persembahan ialah Shila Amzah yang menyanyikan lagu Anggapanmu nyanyian Ziana Zain dan I'm Alive dari Celine Dion, Stacy - Fantasia Bulan Madu (Search) & Proud Mary (Tina Turner), Jaclyn Victor - Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay) & Terasing (Sudirman), Hafiz - Sinaran dan Lagenda (Dato' Sheila Majid), Hazama - Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi & Kisah Kau Dan Aku (Alleycats), Adira - Janji Manismu (Aishah) & Balqis (Dato' Siti Nurhaliza), Ebi - Tunggu Sekejap (Tan Sri P. Ramlee) & Kekasih Awal Dan Akhir (Jamal Abdillah) dan Aril - Biarlah Bulan Bicara (Brorey Marantika) & Kau Lupa Janji (Jamal Abdillah).
Konsert Mania telah dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi yang turut mengumumkan bahawa hanya 5 peserta sahaja yang akan beraksi pada Konsert Akhir Mania, dua minggu dari sekarang. Ini bermakna minggu hadapan bakal menyaksikan tiga penyingkiran sekali gus dilakukan.
Lagenda rock, Ramli Sarip serta Astrid dari Indonesia tampil sebagai artis undangan untuk minggu ini.
Konsert Mania telah bersiaran dari Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam dan turut dipancarkan secara langsung di Astro Ria (104), Saluran HD (188) dan Astro Ria (34) SingTel mio TV.

No comments:

Post a Comment