Di samping itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan sepatutnya
memberi kesedaran kepada generasi kini di negeri ini, bahawa Angkatan Tentera
Malaysia itu sendiri terbentuk hasil dari buah pemikiran pemerintah negeri ini
iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Undang Rembau dan kesultanan
Perak.
**************
Forum Pengkisahan Sejarah 'Kekejaman Komunis' sempena
Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan akan dilaksanakan
pada 3 September 2012 (Isnin), jam 8.30 pagi, di Auditorium Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Tokoh:
i) YBhg. Dato' Nadzan bin Haron, 'Sejarah Kemunculan
Komunis'
ii) YBhg. Left.Jen. (B) Dato' Seri Zaini Mohd. Said,
'Mengimbas Kembali Perang Menentang Insorgensi Komunis'
iii) YBhg. Tan Sri Rahim Nor, 'Perjanjian Damai
Malaysia-PKM'
Untuk keterangan lanjut, sila hubuingi Lembaga Muzium Negeri
Sembilan 06-7361149
Destinasi yang pertama Anak Rembau singgah ialah maqam
Penghulu Luak Rembau yang pertama, Dato’ Lela Maharaja Seri Rama dan isterinya,
Puan Isteri Siti Hawa binti Laut Dalam.,di Chengkau Ulu. Memang menyedihkan
keadaan maqam pemerintah Luak Rembau yang pertama. Penuh dengan semak samun,
pagar yang runtuh….bumbung dah pecah.
Filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan
watak sebenar. Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri
Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh
kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang,
datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai.
Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh
perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang
komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak
British mahupun Kerajaan Malaysia.
Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar
Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.
Bekas anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja
(1RAMD) Prebet Ujang Mormin yang berjuang bersama ketika Leftenan Adnan Saidi
ketika Perang Dunia Ke 2 terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang
menghargai jasanya kepada negara. Antaranya, Undang Luak Rembau, Datuk Mohamad
Sharip Othman yang melwat rumahnya di Rumah Rakyat Sikamat dekat sini. Ujang
yang berasal dari Kampung Kundur Hilir di Rembau, pernah berjuang bersama Adnan
menentang tentera Jepun di benteng pertahanan terakhir negara di Bukit Candu,
Singapura pada 1942.
Benarkah Lt. Adnan Keturunan Datuk Siamang Gagap?
Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan
pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang
memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang
Bukit Putus pada 25 November 1875. Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia,
anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek
ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang. Semasa
menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu
orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.
No comments:
Post a Comment