“A.I.D.S merbahaya, Aedes pula mengancam manusia“. Walaupun
sudah mencecah usia 30 tahun, lagu tersebut masih lagi melekat di benak ini. Sebagai salah seorang duta Yayasan AIDS Malaysia,
Datuk Siti Nurhaliza akan mengadakan Malam Amal Tahajjud Cinta untuk
membantu mereka yang malang ini.
Persembahan Dato’ Siti nanti adalah muzik berunsurkan spiritual /
ketuhanan yang diangkat dari album Tahajjud Cinta (2009), dengan muzik
iringan oleh Mohram dan susunan muzik oleh Aubrey Suwito. Program Malam
Amal Tahajjud Cinta, iaitu sebuah majlis makan malam yang bertujuan
untuk meraih dana bagi membina sebuah rumah perlindungan (shelter homes)
untuk wanita dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV dan AIDS yang
pertama di negeri Kelantan.
Semoga usaha murni ini akan mendapat perhatian banyak pihak. Tahniah
kepada Datuk Siti Nurhaliza atas inisiatif anda ini. Semoga Allah
memberkati apa yang anda lakukan. Lagi beberapa keping gambar terbaru
Datuk Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram CTDK.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete