Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label TRW. Show all posts
Showing posts with label TRW. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

RM125,000 JIKA BERJAYA SINGKIR SELANGOR



KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menawarkan bonus RM125,000 kepada pemain Red Warriors jika menewaskan Selangor dan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2012.
Kelantan dijadual menentang Selangor dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu ini.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) menjelaskan, pihaknya turut memberikan bonus RM75,000 kepada pemain selepas Kelantan layak ke separuh akhir menewaskan Felda United secara agregat 4-3 kelmarin.
“Jika mereka berjaya menjulang kejuaraan Piala Malaysia, KAFA akan menyediakan satu lagi bonus buat mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil Musim II/2011 di Ketereh dekat sini, semalam.
Dalam saingan suku akhir kedua kelmarin, Kelantan terpaksa berhempas-pulas sebelum layak ke separuh akhir dengan agregat 4-3 setelah mengikat Felda United 2-2.
Keputusan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Kelantan di laman sendiri.
Sementara itu, Annuar menolak tuduhan pihak tertentu bahawa prestasi turun naik Red Warriors kebelakangan ini berpunca daripada kegagalan pihaknya membayar bonus kepada pemain.
Sebaliknya, beliau memberitahu, sehingga kini KAFA telah membayar bonus melebihi RM500,000 kepada pemain dan pegawai pasukan.
“Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding dengan apa yang telah dibayar sepanjang musim lalu,” tegas beliau.
Annuar yang kecewa dengan tuduhan tersebut menjelaskan, pemberian bonus bergantung kepada budi bicara kelab dengan mengambil kira sumbangan pemain dan ia bukan wajib.
“Isu ini sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan pasukan. Saya ingin tekankan kepada pemain dan pengurusan supaya tidak terlibat dalam isu ini,” ujarnya.
Kredit : Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, July 19, 2012

Welcome To Kota Bharu: QPR

markhughes
THIS IS KOTA BHARU:
19 Julai-Kota Bharu: Kelantan berjaya mencipta sejarah bolasepaknya sendiri apabila menjadi lokasi pilihan kelab eropah QPR untuk mengadakan latihan di Kota Bharu selain memilih Kelantan sebagai lawan utama dalam siri jelajah QPR musim 2012-2013 ini. Ini menambahkan lagi kerancakan dan kemeriahan bolasepak Kelantan yang semakin hari semakin pantas meninggalkan keadaan semasa bolasepak Malaysia yang kian suram.
Tidak hairanlah Kelantan sentiasa menjadi pilihan penaja dan kelab-kelab tersohor kerana hanya di Kelantan sahaja yang memiliki penyokong bolasepak melebihi 15,000 orang dan yang kerap memenuhi stadium sepanjang Liga Super 2012 ini.
Kerancakan Liga Super hanya ada pada pasukan Kelantan dan stadium negeri atau lain pasukan akan meriah ketika pasukan mereka menentang Kelantan. Ini impak besar yang mampu diberikan oleh pasukan dan penyokong Kelantan di seluruh Malaysia. Biar apapun tindakan FAM atau media kepada pasukan dan penyokong Kelantan, ianya sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan pasukan dan penyokong Kelantan membina kejayaan unggul Kelantan.
Boleh dikatakan semua perlawanan yang melibatkan Kelantan di kesemua stadium sudah tiada lagi insiden-insiden ganas mahupun pergaduhan penyokong. Demi kejayaan bolasepak Kelantan, seluruh penyokong Kelantan sentiasa bersedia berubah demi imej pasukan juara yang dibawa pimpinan Tan Sri Annuar Musa.
SELAMAT DATANG KE MALAYSIA & KELANTAN KEPADA PASUKAN QPR.....KAMILAH DUTA BOLASEPAK MALAYSIA.....SEMUA YANG BERKAITAN KEHEBATAN BOLASEPAK MALAYSIA ADA DI NEGERI DAN PASUKAN KAMI.... GOMO KELATE GOMO
parkjingsung

Sesi Latihan TRW-QPR Meriah

qprtraining2
19 Julai-Kota Bharu: Lihatlah minat dan semangat yang ditunjukkan oleh semua penyokong Kelantan yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa QPR di stadium keramat mereka. Ini antara bukti kejayaan bolasepak Kelantan dan bukti betapa agungnya bolasepak di bumi Kelantan ini.
qprtraining

Thursday, July 5, 2012

QPR lawan The Red Warriors 20 Julai



Selepas Arsenal dan Manchester City, kini tiba giliran sebuah lagi kelab England, Queens Park Rangers (QPR) mengadakan siri jelajah Asia di Malaysia.
Begitupun kehadiran QPR bukannya untuk menguji skuad kebangsaan, sebaliknya pasukan yang berpangkalan di Loftus Road, London itu bakal berdepan skuad Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai depan.
Selain The Red Warriors, QPR yang dibarisi beberapa pemain terkemuka seperti Djibril Cisse, Shaun Wright-Phillips dan Bobby Zamora juga bakal membuat perhitungan dengan Sabah All-stars di Stadium Likas, Kota Kinabalu (17 Julai) sebelum terbang ke Indonesia melayan cabaran Persebaya Surabaya pada 23 Julai depan.
Pengarah Komersial Kumpulan AirAsia, Kathleen Tan berkata, selaku penaja utama kelab, pihaknya berbesar hati dapat membawa QPR mengadakan prajelajah Asia di sini buat julung-julung kalinya.
Katanya, selain memberi peluang kepada peminat The Hoops mengenali pemain kelab itu dengan lebih dekat, kunjungan QPR kali ini juga cukup bersejarah memandangkan ia tanah air pemilik kelab, Tan Sri Tony Fernandes yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia.
“Kami juga berbesar hati dengan kesudian pasukan iaitu Kelantan, Sabah dan Persebaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan QPR. Tidak mustahil ia bakal membuka pintu buat QPR bagi menguji skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia pula selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar prajelajah tersebut di Akademi AirAsia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.
Turut hadir CEO QPR, Philip Beard; Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak.
Tony begitupun tidak hadir kerana mempunyai urusan rasmi bersama pengurus, Mark Hughes di Korea Selatan.
Sebagai rekod, QPR sekadar menamatkan saingan di tangga ke-17 Liga Perdana England musim lepas.
Kelantan kini mendahulu tangga kedua Liga Super dan bakal berdepan pasukan bermasalah, Sabah di Kota Bharu malam ini.
Apa yang pasti, kehadiran QPR kali ini sudah tentu mengujakan peminat bola sepak tempatan selepas Arsenal dan City yang bakal menguji Harimau Malaya pada 24 dan 30 Julai depan. – Kosmo!

INFO TIKET : KELANTAN LWN QUEENS PARK RANGERS



TAN SRI ANNUAR MUSA
Satu undian bertuah akan dibuat untuk pemegang tiket Kelantan lawan QPR pada 15 Julai ini – Tan Sri Annuar Musa
Harga tiket bagi perlawanan Kelantan menentang Queens Park Rangers ialah berharga Rm33 dan Rm53 untuk tempat duduk biasa, Rm73 tempat duduk astaka dan Rm103 bagi tempat duduk VIP.
Tiket perlawanan boleh didapati secara Online di http://redtix.airasia.com/, selain itu tiket juga boleh didapati di Restoran Hassan Nasi Ayam Cheras, Restoran Mz Kampung Baru, Pejabat Sinarharian PJ, TRW Cafe, Wisma KAFA, Stadium Sultan Muhammad Ke IV ( Waktu Perlawanan menentang Perak ).Tiket mula dijual pada Khamis ( 5 Julai 2012 )
Perlawanan Kelantan dan QPR akan diadakan pada 20 Julai 2012 di Stadium Shah Alam.
Tiket Kelantan vs QPR

Tiada Pemain Import Lawan QPR


Kelantan tidak akan menggunakan khidmat pemain luar ketika berdepan kelab Liga Inggeris, Queen Park Rangers (QPR) di Stadium Shah Alam, pada 20 Julai ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata langkah mengekalkan 100 pemain The Red Warriors selepas mengambil kira pelbagai faktor selain menerima cadangan peminat setia pasukan itu. “Kita membatalkan hasrat untuk menggunakan khidmat pemain luar kerana kita mahu lihat kemampuan sebenar pemain The Red Warriors ketika berdepan pasukan berprofil tinggi.
“Kita juga mahu lihat pemain Kelantan berada dalam kelas tersendiri selain berpeluang mempelajari sesuatu yang berguna dalam perlawanan itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media QPR Asia Tour 2012, di Hotel Grand River View, Kota Bharu, di sini semalam.
Annuar berkata, perlawanan itu diadakan di Stadium Shah Alam kerana Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu tidak menepati piawaian yang dikehendaki selain memerlukan kapasiti penyokong yang ramai.
Sementara itu, tiket perlawanan persahabatan terbabit akan dijual bermula Khamis ini berharga antara RM33 dan RM73.

Pengumuman Harga Tiket Kelantan vs QPR


Petikan Gawang.my
2 Julai 2012 – Pengurusan pasukan Kelantan mengumumkan harga tiket bagi perlawanan persahaban pada sesi temubual bersama wartawan yang berlangsung di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.
Harga tiket yang diumumkan oleh CEO The Red Warriors.com Mr. Kevin Ramalinggam itu merupakan satu berita baik buat para peminat pasukan Kelantan dan QPR diseluruh negara.
Butiran perlawanan persahabatan QPR vs Kelantan adalah seperti berikut.
Lokasi : Stadium Shah Alam
Tarikh : 20 Julai 2012
Sepak mula : 9.15 malam
Harga Tiket : RM33 / 53 / 73
Tiket Online address : www.airasiaredtix.com
Outlets :
Rock Corner – The Gardens, Mid Valley (03-22834893)
Mid Valley (03- 22841423) KLCC (03-21619417)
Subang Parade (03- 56369520)
The Curve (03-77296313)
One Utama (03- 77255667)
Victoria Music Sg. Wang (03-21487208)
Amcorp (03-79560592) Tropicana (03-77222955)
BSC (03-20931093) KL Life Centre (03-2162 2570)
AirAsiaRedTix Tickteting Hotline 03-87754666
Harga tiket diturunkan dari harga yang diumumkan sebelum ini. Ianya bagi memenuhi permintaan peminat pasukan The Red Warriors. Menurut Tan Sri Annuar Musa, ini bagi memastikan harga tiket berada pada lingkungan kemampuan para peminat Kelantan. Harga tiket RM33 adalah lebih murah berbanding perlawanan akhir Piala FA tempoh hari. Penjualan tiket bakal bermula pada pertengahan minggu ini. Pihak pengurusan FAM menjangkakan 60000 keping tiket bakal dijual untuk perlawanan persahabatan antarabangsa tersebut
oleh : muizzuddin yahaya foto : wan ahmad jauzi

Kelantan Lawan QPR FC


tsam1
Perlawanan Persahabatan : Kelantan lwn QPR FC
Sesi Latihan QPR : Tarikh : 19hb Julai 2012
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV Perlawanan :


Kelantan lwn QPR Tarikh : 20hb Julai 2012
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
**Harga tiket bermula RM40 (termasuk sesi latihan dan perlawanan)
Tan Sri Annuar Musa:
BERITA GEMBIRA..PERSETUJUAN BARU DICAPAI...PERLAWANAN BOLASEPAK THE RED WARRIORS LWN KELAB EPL QUEENS PARK RANGERS(QPR) AKAN BERLANGSUNG PADA HARI JUMAAT 20 JUN DI KL..SEPAK MULA DIJANGKA JAM 9.15 mlm utk beri laluan solat isyak dan terawih yg turut di atur di perkarangan stadium,insyaallah...PASUKANQPR AKAN DATANG KE KOTA BHARU UTK SESSI LATIHAN PADA 19HB DI SSMIV DAN MEREKA YG MEMBELI TIKET PERLAWANAN BOLEH MENYAKSIKAN SESSI INI PERCUMA...HARGA TIKET PERLAWANAN BERMULA DGN RM40 utk tempat duduk biasa dan untuk astaka dan vip akan diumumkan kemudian...JOM KITA BANJIRI SNBJ SEKALI LAGI BAGI PERLAWANAN PALING BERSEJARAH BUAT PASUKAN KELANTAN!!!SET KITA KENA TUBIK BLAKO!! Tan Sri Annuar Musa PIYA AKAN PIMPIN TRW BERTEMU QPR...DAN KITA PUNYAI 6 PEMAIN IMPORT...GHADDAR OBINNA KEITA MANDJOU DENNIS ANTWI ZACHARIA CHARARA DAN EMANNUEL OKINE....APA KATA KITA JEMPUT ANDIK VERMANSYAH DARI INDONESIA DAN SAFEE SALI DARI PELITAJAYA?