Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, July 5, 2012

Tiada Pemain Import Lawan QPR


Kelantan tidak akan menggunakan khidmat pemain luar ketika berdepan kelab Liga Inggeris, Queen Park Rangers (QPR) di Stadium Shah Alam, pada 20 Julai ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata langkah mengekalkan 100 pemain The Red Warriors selepas mengambil kira pelbagai faktor selain menerima cadangan peminat setia pasukan itu. “Kita membatalkan hasrat untuk menggunakan khidmat pemain luar kerana kita mahu lihat kemampuan sebenar pemain The Red Warriors ketika berdepan pasukan berprofil tinggi.
“Kita juga mahu lihat pemain Kelantan berada dalam kelas tersendiri selain berpeluang mempelajari sesuatu yang berguna dalam perlawanan itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media QPR Asia Tour 2012, di Hotel Grand River View, Kota Bharu, di sini semalam.
Annuar berkata, perlawanan itu diadakan di Stadium Shah Alam kerana Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu tidak menepati piawaian yang dikehendaki selain memerlukan kapasiti penyokong yang ramai.
Sementara itu, tiket perlawanan persahabatan terbabit akan dijual bermula Khamis ini berharga antara RM33 dan RM73.

No comments:

Post a Comment