Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

Yusmira Trading ‘Lari’ Jadi Penaja The Red Warriors

Yusmira Trading Lari Jadi Penaja The Red Warriors
Yusmira Trading ‘Lari’ Jadi Penaja The Red Warriors - PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya – Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja skuad The Red Warriors itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Keputusan itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Yusmira Trading, Datuk Azlan Muhammad dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu semalam.
Hadir sama peguam syarikatnya, Mohd. Rafizi Abdullah daripada Tetuan Rafizi Zubairi & Co.
Azlan berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tajaan itu dibuat selepas mengkaji implikasi perpindahan tonggak utama The Red Warrios, Norshahrul Idlan Talaha yang dijangka mengubah haluan baharu ke Johor musim depan.
“Mat Yo (Norshahrul) merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan, namun keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema.
“Akhirnya kami membuat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Ia (keputusan) sememangnya begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.
“Kami orang berniaga dan sudah tentu tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami,” katanya.
Berita penghijrahan Mat Yo membantutkan hasrat syarikat produk kesihatan berasaskan halia itu yang terkenal di negara ini untuk terus menaja The Red Waariors bagi musim keempat berturut-turut.
Selain Yusmira Trading, turut menaja pasukan Kelantan musim ini ialah Sinar Harian, Al-Jabbar Group of Company, Umbro, Warriors, Masterskill, RW Energy Plus selain Happy selaku penaja utama.
Azlan memberitahu, pihaknya akan menghantar surat untuk tidak menyambung kontrak penajaan kepada pihak KAFA dalam masa terdekat.
“Sejak tiga tahun menjadi penaja untuk The Red Warriors, pihak kami sudah membelanjakan hampir jutaan ringgit semata-mata membantu menyemarakkan senario bola sepak Kelantan.
“Kalau pemain beritahu awal tidak mahu bersama Kelantan enam bulan lalu, itu kami tidak kisah tetapi tiba-tiba jadi macam ini (mahu berhijrah) sedangkan kontrak masih ada, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada penaja seperti kami,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Kelantan dijangka menyenaraikan empat muka baharu bagi menghadapi kempen Liga M musim depan.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui entri akaun Facebook miliknya semalam berkata, selain membawa masuk empat pemain baharu itu, KAFA turut memanggil balik bintang mudanya yang sebelum ini beraksi bersama Harimau Muda.
“Bagi memperkuatkan cabaran musim hadapan, kita membawa masuk dua penyerang baharu di mana kedua-dua pemain itu telah menjaringkan 24 gol dalam saingan Liga M musim lalu.
“Musim depan The Red Warriors akan diperkuatkan dengan kehadiran seorang otai yang akan beraksi di posisi tengah,” katanya. – Kosmo

Saturday, October 6, 2012

RM125,000 JIKA BERJAYA SINGKIR SELANGOR



KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menawarkan bonus RM125,000 kepada pemain Red Warriors jika menewaskan Selangor dan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2012.
Kelantan dijadual menentang Selangor dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu ini.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) menjelaskan, pihaknya turut memberikan bonus RM75,000 kepada pemain selepas Kelantan layak ke separuh akhir menewaskan Felda United secara agregat 4-3 kelmarin.
“Jika mereka berjaya menjulang kejuaraan Piala Malaysia, KAFA akan menyediakan satu lagi bonus buat mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil Musim II/2011 di Ketereh dekat sini, semalam.
Dalam saingan suku akhir kedua kelmarin, Kelantan terpaksa berhempas-pulas sebelum layak ke separuh akhir dengan agregat 4-3 setelah mengikat Felda United 2-2.
Keputusan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Kelantan di laman sendiri.
Sementara itu, Annuar menolak tuduhan pihak tertentu bahawa prestasi turun naik Red Warriors kebelakangan ini berpunca daripada kegagalan pihaknya membayar bonus kepada pemain.
Sebaliknya, beliau memberitahu, sehingga kini KAFA telah membayar bonus melebihi RM500,000 kepada pemain dan pegawai pasukan.
“Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding dengan apa yang telah dibayar sepanjang musim lalu,” tegas beliau.
Annuar yang kecewa dengan tuduhan tersebut menjelaskan, pemberian bonus bergantung kepada budi bicara kelab dengan mengambil kira sumbangan pemain dan ia bukan wajib.
“Isu ini sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan pasukan. Saya ingin tekankan kepada pemain dan pengurusan supaya tidak terlibat dalam isu ini,” ujarnya.
Kredit : Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, July 19, 2012

Cabutan Bertuah Tiket Kelantan Lawan QPR

teamkelate
Maklumat perlawanan seperti berikut:

Perlawanan: Kelantan vs. QPR
Tarikh: 20 Julai 2012 (Jumaat)
Kick Off: 9.15 mlm
Tempat: Stadium Shah Alam

Harga Tiket: RM33, RM53, RM73

Lokasi Jualan Tiket:
1) Online: www.AirAsiaRedtix.com

Klang Valley:
2) Rock Corner outlets -
The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2283 4893)
Mid Valley (TEL: 03 - 2284 1423)
KLCC (TEL: 03 - 2161 9417)
Subang Parade (TEL: 03 - 5636 9520)
The Curve (TEL: 03 - 7729 6313)
One Utama (TEL: 03 - 7725 5667)

3) Victoria Music outlets -
Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
BSC (TEL: 03 - 2093 1093)

4) KL Life Centre (TEL: 03 - 2162 2570)

5) Pejabat Karangkraf : Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd. Lot 2, Jalan
Sepana 15/3, off Pesiaran Selangor, Seksyen 15 Shah Alam
6) Rangkaian Restoran A. Hassan 
Seksyen 13/27 Shah Alam, UEP Subang Jaya, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Velodrome Business Park Cheras, Lebuhraya Shah Alam

7) Restoran Tuan Faridah (Nasi Ayam Kampung) 
Bandar Bukit Puchong

Kelantan:
 Wisma KAFA

9) The Red Warriors Station, Kota Bharu (KTC)

10) Kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad IV

11) Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ-PBJ)

FB Page : Kelantan TRW vs Queens Park Rangers
Semua maklumat perlawanan dan maklumat terkini akan disiarkan di Facebook
page kami. Sila Like FB page kami untuk mengetahui info terkini tentang
perlawanan ini.

Nota : Solat Isyak dan terawikh berjemaah akan diadakan di stadium sebelum
perlawanan bermula. Kick off akan bermula pada jam 9.15mlm bagi
menghormati waktu solat. Tempat sembahyang, tempat ambil wudhuk dan imam
akan disediakan. 4 imam akan dibawa dari Kelantan untuk mengetuai solat
berjemaah.


Kempen untuk Cabutan Bertuah adalah seperti berikut:
Setiap pembelian tiket sebelum 15 Julai melayakkan anda untuk memenangi
salah satu daripada hadiah-hadiah berikut:

- 2 x Penginapan 1 malam di Hotel Saujana bersama pemain-pemain TRW & QPR pada
malam perlawanan 
- 5 x Naiktaraf ke tiket VIP
- 1 x Jersi QPR yang ditandatangani dan diserahkan sendiri oleh Mark Hughes 
- 30 x Jersi QPR
- 30 x Jersi TRW
- 100 x Bola TRW
- 30 x Tiket untuk menyaksikan Piala Malaysia di Kota Bharu
- Jemputan ke majlis berbuka puasa TRW dan QPR bersama anak-anak yatim di
Hotel Saujana pada 21 Julai 2012

…dan banyak lagi! Terdapat ratusan hadiah untuk dimenangi. Dapatkan tiket
anda sebelum 15 Julai!

Nombor siri akan dipilih secara rawak dan nombor-nombor yang bertuah akan
diumumkan di FB Page kami - Kelantan TRW vs Queens Park Rangers pada 17
Julai 2012.

www.AirAsiaRedtix.com
The passport to entertainment, brought to you by AirAsia RedTix. Buy online tickets for the best music concerts, theatre shows, and sporting events.

Queen Park Rangers (QPR) vs Kelantan 20 July 2012






Queen Park Rangers (QPR) membelasah skuad pilihan Sabah 5-0 Selasa lalu. Apa pula nasib The Red Warriors di Stadium Shah Alam nanti? Komen anda.

Friday, July 6, 2012

TIKET ONLINE KELANTAN VS QUEENS PARK RANGERS (QPR) 20 JULAI 2012


Jualan Tiket Perlawanan Kelantan vs Queens Park Rangers (QPR) 20 Julai 2012 | Tan Sri Annuar Musa baru sahaja update berkenaan info jualan tiket perlawanan persahabatan antara Kelantan lawan pasukan Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) pada 20 Julai 2012 ini. Katanya tiket secara online sudah boleh ditempah bermula hari ini menerusi pengedar rasmi online berkenaan.
Bagi yang mahu menempah Tiket Online Kelantan vs Queens Park Rangers (QPR) 20 Julai 2012 ini, anda boleh ke laman RedTix.AirAsia.Com. Ammboi lihat laman berkenaan pun sudah mula mempromosikan tiket berkenaan. Adanya banner besar untuk memudahkan peminat mencari tempat tempahan tiket itu.
Bagi sesiapa yang nak beli secara biasa (beli sendiri la ayat lain), anda boleh ke senarai agen dibawah. Ianya mengikut list yang TSAM umumkan dalam fbnya sebentar tadi. Ingat, ia hanya mula dijual pada Khamisini. Online jer bermula 3 Julai 2012. Harga tiket pula dari RM33, RM53 dan RM73 bagi tempat terbuka serta RM103 bagi VIP.
  • Rangkaian Restoran Hassan Nasi Ayam Cheras
  • Kaunter AirAsia Rextix
  • Restoran MZ Kg. Baru
  • Pejabat Sinar Harian PJ
  • TRW Cafe Kota Bharu
  • Pejabat KAFA KB
  • Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (Kelantan vs Perak | 7 Julai 2012)
  • Atau anda juga boleh order melalui kelab-kelab penyokong dan persatuan bolasepak jajahan.

Thursday, July 5, 2012

The Red Warriors vs QPR





Football Pre-Season Friendly
Queens Park Rangers (England) vs Kelantan The Red Warriors (Malaysia)


For the first time ever, Queens Park Rangers is coming to Malaysia. The might of the English Premier League team will be tested to the fullest when they face Kelantan The Red Warriors, arguably Malaysia's best team.

What is perhaps the most eagerly anticipated friendly game held against any club side in Malaysia, Queens Park Rangers and The Red Warriors will hold battle at Stadium Shah Alam on the 20th of July 2012. Both clubs are going for a win, with QPR fighting to uphold the standards of the English Premier League while The Red Warriors will give their all to show what Malaysia football's true power and potential. QPR will be bringing their full squad, including all new signings so this is your chance to be one of the first in the world to see them in action in QPR colours.

Someone who is well known around the world and is undoubtedly one of the most respected managers, Mark Hughes, leads Queens Park Rangers. The team also features world-class players such as Adel Taarabt, Bobby Zamora, Shaun Wright-Phillips, Anton Ferdinand, Rob Green and Andy Johnson.

At the same time, The Red Warriors is considered the best Malaysian football team and has won many trophies in the past three years. The team is also representing Malaysia in the prestigious AFC Cup. The team features top class players such as Norshahrul Idlan, Khairul Fahmi and Mohd Badri. The team is led by Bojan Hodak a coach who is well known for his no nonsense and strong will to win approach to the game.

Don't miss this once in a lifetime opportunity. Support your team to victory!
Event Showtime
Date
Time
Venue
20th July 2012 (Friday)
9.15pm kick off
Stadium Shah Alam (Outdoor)
Ticket Price
Category
Quadrant
Gate Entrance
Ticket Price
Buy Now
Seating
Free Seating
Open Seating
C-RM53
Upper Terrace
A
Level 5 - via Ramp
RM33
Grandstand
A
D,E,F,G,H,I,M,N,O,P,Q,R
RM73
By Invitation
VIP
AVIP EntranceRM103
VVIP
AVIP EntranceRM203
*VIP and VVIP tickets only by invitation by promoter

Get your tickets from:
1.Online at www.AirAsiaRedtix.com
2.Rock Corner outlets -
The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2283 4893)
Mid Valley (TEL: 03 - 2284 1423)
KLCC (TEL: 03 - 2161 9417)
Subang Parade (TEL: 03 - 5636 9520)
The Curve (TEL: 03 - 7729 6313)
One Utama (TEL: 03 - 7725 5667)
3.Victoria Music outlets -
Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
BSC (TEL: 03 - 2093 1093)
4.KL Life Centre (TEL: 03 - 2162 2570) 

For enquiry only:
Please call AirAsiaRedtix Ticketing Hotline at +603 - 8775 4666. Hotline is operational from 9am-6pm on weekdays.


Note:
1.Prices shown includes RM3 AirAsiaRedTix fee.
2.Booking fee is applicable for this show.
3.RM5 reprint fee for online booking e-tickets.
4.No reprint for replacement for missing tickets.
5.Online ticket selling close on 16th July 2012 subject to availability.

QPR lawan The Red Warriors 20 Julai



Selepas Arsenal dan Manchester City, kini tiba giliran sebuah lagi kelab England, Queens Park Rangers (QPR) mengadakan siri jelajah Asia di Malaysia.
Begitupun kehadiran QPR bukannya untuk menguji skuad kebangsaan, sebaliknya pasukan yang berpangkalan di Loftus Road, London itu bakal berdepan skuad Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai depan.
Selain The Red Warriors, QPR yang dibarisi beberapa pemain terkemuka seperti Djibril Cisse, Shaun Wright-Phillips dan Bobby Zamora juga bakal membuat perhitungan dengan Sabah All-stars di Stadium Likas, Kota Kinabalu (17 Julai) sebelum terbang ke Indonesia melayan cabaran Persebaya Surabaya pada 23 Julai depan.
Pengarah Komersial Kumpulan AirAsia, Kathleen Tan berkata, selaku penaja utama kelab, pihaknya berbesar hati dapat membawa QPR mengadakan prajelajah Asia di sini buat julung-julung kalinya.
Katanya, selain memberi peluang kepada peminat The Hoops mengenali pemain kelab itu dengan lebih dekat, kunjungan QPR kali ini juga cukup bersejarah memandangkan ia tanah air pemilik kelab, Tan Sri Tony Fernandes yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia.
“Kami juga berbesar hati dengan kesudian pasukan iaitu Kelantan, Sabah dan Persebaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan QPR. Tidak mustahil ia bakal membuka pintu buat QPR bagi menguji skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia pula selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar prajelajah tersebut di Akademi AirAsia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.
Turut hadir CEO QPR, Philip Beard; Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak.
Tony begitupun tidak hadir kerana mempunyai urusan rasmi bersama pengurus, Mark Hughes di Korea Selatan.
Sebagai rekod, QPR sekadar menamatkan saingan di tangga ke-17 Liga Perdana England musim lepas.
Kelantan kini mendahulu tangga kedua Liga Super dan bakal berdepan pasukan bermasalah, Sabah di Kota Bharu malam ini.
Apa yang pasti, kehadiran QPR kali ini sudah tentu mengujakan peminat bola sepak tempatan selepas Arsenal dan City yang bakal menguji Harimau Malaya pada 24 dan 30 Julai depan. – Kosmo!

INFO TIKET : KELANTAN LWN QUEENS PARK RANGERS



TAN SRI ANNUAR MUSA
Satu undian bertuah akan dibuat untuk pemegang tiket Kelantan lawan QPR pada 15 Julai ini – Tan Sri Annuar Musa
Harga tiket bagi perlawanan Kelantan menentang Queens Park Rangers ialah berharga Rm33 dan Rm53 untuk tempat duduk biasa, Rm73 tempat duduk astaka dan Rm103 bagi tempat duduk VIP.
Tiket perlawanan boleh didapati secara Online di http://redtix.airasia.com/, selain itu tiket juga boleh didapati di Restoran Hassan Nasi Ayam Cheras, Restoran Mz Kampung Baru, Pejabat Sinarharian PJ, TRW Cafe, Wisma KAFA, Stadium Sultan Muhammad Ke IV ( Waktu Perlawanan menentang Perak ).Tiket mula dijual pada Khamis ( 5 Julai 2012 )
Perlawanan Kelantan dan QPR akan diadakan pada 20 Julai 2012 di Stadium Shah Alam.
Tiket Kelantan vs QPR

Tiada Pemain Import Lawan QPR


Kelantan tidak akan menggunakan khidmat pemain luar ketika berdepan kelab Liga Inggeris, Queen Park Rangers (QPR) di Stadium Shah Alam, pada 20 Julai ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata langkah mengekalkan 100 pemain The Red Warriors selepas mengambil kira pelbagai faktor selain menerima cadangan peminat setia pasukan itu. “Kita membatalkan hasrat untuk menggunakan khidmat pemain luar kerana kita mahu lihat kemampuan sebenar pemain The Red Warriors ketika berdepan pasukan berprofil tinggi.
“Kita juga mahu lihat pemain Kelantan berada dalam kelas tersendiri selain berpeluang mempelajari sesuatu yang berguna dalam perlawanan itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media QPR Asia Tour 2012, di Hotel Grand River View, Kota Bharu, di sini semalam.
Annuar berkata, perlawanan itu diadakan di Stadium Shah Alam kerana Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu tidak menepati piawaian yang dikehendaki selain memerlukan kapasiti penyokong yang ramai.
Sementara itu, tiket perlawanan persahabatan terbabit akan dijual bermula Khamis ini berharga antara RM33 dan RM73.

Monday, January 16, 2012

ROYALTI: NAZRI KATA KELANTAN TIDAK LAYAK

Pembatalan Pengisytiharan Darurat yang menghadkan pemilikan minyak di kawasan perairan Kelantan masih belum melayakkan negeri itu menuntut royalti minyak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.Ini kerana, tambahnya, menurut undang-undang, selepas pengisytiharan itu dibuat, Ordinan Darurat masih terpakai sehingga enam bulan berikutnya.
“Isu pertama tentang kawasan yang dianggap kawasan negeri dan kawasan Malaysia. Kalau dalam Ordinan Darurat ada tentukan had hak negeri 12 batu nautika daripada pesir pantai negeri. Lepas daripada itu hak Malaysia.

“Ini ikut Ordinan Darurat itu tepat. Sekarang sekiranya batal, apa cerita sekarang? Bawah undang-undang, sekiranya Ordinan Darirat dibatalkan masih ada enam bulan sebelum dikuatkuasakan atau tidak dikuatkuasakan,” katanya.

Menjawab soalan dalam sebuah forum di Kota Baharu kelmarin, Nazri bagaimanapun meminta orang ramai supaya menunggu keputusan mahkamah tentang siapa yang berhak terhadap telaga minyak yang menjadi pertikaian Kelantan dan kerajaan pusat itu.

Turut terlibat sebagai ahli panel bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Sementara itu, Abdul Rashid pula berkata, royalti sehingga RM600 juta patut diberikan kepada Kelantan atas semangat 1Malaysia.

“Sebagai orang Kelantan, saya hendak kata, itu hak negeri Kelantan. Patut dapat RM600 juta. Kalau Terengganu boleh bagi, kenapa Kelantan tidak bagi? Sebagai anak Kelantan, saya kata patut diberi,” katanya.

Katanya, sekiranya wang itu enggan diberikan kepada kerajaan PAS, beliau mencadangkan supaya dibentuk sebuah jawatankuasa bagi mengedarkannya demi kebajikan rakyat negeri itu.

“Duit itu untuk belanja di Kelantan, Ini semangat 1Malaysia. Lebuh raya kena mari ke Kelantan, orang Umno pun naik lebuh raya juga,” katanya disambut sorakan kira-kira 1,000 peserta dalam majlis itu.

Pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan memfailkan sama terhadap Petronas kerana didakwa melanggar kontrak kerana gagal membayar royalti minyak terhadap kerajaan Kelantan.

Kerajaan persekutuan turut memohon sebagai pencelah dalam kes itu.

Sunday, October 31, 2010

(Gambar) Tuanku Sultan Kelantan dan Menteri Besar

Kelihatan Tuanku Sultan Kelantan memberi laluan dan penghormatan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz. Dan benarlah seperti yang diperkatakan rangkaian web Oh! Islam di website mereka, “Maka ketahuilah, menghormati manusia melalui ilmu agamanya yang tinggi adalah lebih baik dari menghormati pangkat anugerah manusia di duniawi yang nyata hanya sementara sahaja. Wallahualam.”

Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-1

Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-2

lagi gambar..

Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-3

Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-4

Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-5

Tuanku Sultan dan Menteri Besar Kelantan-6

+ Thanks Hafizuddin.