Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, July 19, 2012

Welcome To Kota Bharu: QPR

markhughes
THIS IS KOTA BHARU:
19 Julai-Kota Bharu: Kelantan berjaya mencipta sejarah bolasepaknya sendiri apabila menjadi lokasi pilihan kelab eropah QPR untuk mengadakan latihan di Kota Bharu selain memilih Kelantan sebagai lawan utama dalam siri jelajah QPR musim 2012-2013 ini. Ini menambahkan lagi kerancakan dan kemeriahan bolasepak Kelantan yang semakin hari semakin pantas meninggalkan keadaan semasa bolasepak Malaysia yang kian suram.
Tidak hairanlah Kelantan sentiasa menjadi pilihan penaja dan kelab-kelab tersohor kerana hanya di Kelantan sahaja yang memiliki penyokong bolasepak melebihi 15,000 orang dan yang kerap memenuhi stadium sepanjang Liga Super 2012 ini.
Kerancakan Liga Super hanya ada pada pasukan Kelantan dan stadium negeri atau lain pasukan akan meriah ketika pasukan mereka menentang Kelantan. Ini impak besar yang mampu diberikan oleh pasukan dan penyokong Kelantan di seluruh Malaysia. Biar apapun tindakan FAM atau media kepada pasukan dan penyokong Kelantan, ianya sedikit pun tidak menjejaskan tumpuan pasukan dan penyokong Kelantan membina kejayaan unggul Kelantan.
Boleh dikatakan semua perlawanan yang melibatkan Kelantan di kesemua stadium sudah tiada lagi insiden-insiden ganas mahupun pergaduhan penyokong. Demi kejayaan bolasepak Kelantan, seluruh penyokong Kelantan sentiasa bersedia berubah demi imej pasukan juara yang dibawa pimpinan Tan Sri Annuar Musa.
SELAMAT DATANG KE MALAYSIA & KELANTAN KEPADA PASUKAN QPR.....KAMILAH DUTA BOLASEPAK MALAYSIA.....SEMUA YANG BERKAITAN KEHEBATAN BOLASEPAK MALAYSIA ADA DI NEGERI DAN PASUKAN KAMI.... GOMO KELATE GOMO
parkjingsung

No comments:

Post a Comment