Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, July 5, 2012

QPR lawan The Red Warriors 20 Julai



Selepas Arsenal dan Manchester City, kini tiba giliran sebuah lagi kelab England, Queens Park Rangers (QPR) mengadakan siri jelajah Asia di Malaysia.
Begitupun kehadiran QPR bukannya untuk menguji skuad kebangsaan, sebaliknya pasukan yang berpangkalan di Loftus Road, London itu bakal berdepan skuad Kelantan di Stadium Shah Alam pada 20 Julai depan.
Selain The Red Warriors, QPR yang dibarisi beberapa pemain terkemuka seperti Djibril Cisse, Shaun Wright-Phillips dan Bobby Zamora juga bakal membuat perhitungan dengan Sabah All-stars di Stadium Likas, Kota Kinabalu (17 Julai) sebelum terbang ke Indonesia melayan cabaran Persebaya Surabaya pada 23 Julai depan.
Pengarah Komersial Kumpulan AirAsia, Kathleen Tan berkata, selaku penaja utama kelab, pihaknya berbesar hati dapat membawa QPR mengadakan prajelajah Asia di sini buat julung-julung kalinya.
Katanya, selain memberi peluang kepada peminat The Hoops mengenali pemain kelab itu dengan lebih dekat, kunjungan QPR kali ini juga cukup bersejarah memandangkan ia tanah air pemilik kelab, Tan Sri Tony Fernandes yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia.
“Kami juga berbesar hati dengan kesudian pasukan iaitu Kelantan, Sabah dan Persebaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan QPR. Tidak mustahil ia bakal membuka pintu buat QPR bagi menguji skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia pula selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar prajelajah tersebut di Akademi AirAsia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.
Turut hadir CEO QPR, Philip Beard; Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak.
Tony begitupun tidak hadir kerana mempunyai urusan rasmi bersama pengurus, Mark Hughes di Korea Selatan.
Sebagai rekod, QPR sekadar menamatkan saingan di tangga ke-17 Liga Perdana England musim lepas.
Kelantan kini mendahulu tangga kedua Liga Super dan bakal berdepan pasukan bermasalah, Sabah di Kota Bharu malam ini.
Apa yang pasti, kehadiran QPR kali ini sudah tentu mengujakan peminat bola sepak tempatan selepas Arsenal dan City yang bakal menguji Harimau Malaya pada 24 dan 30 Julai depan. – Kosmo!

No comments:

Post a Comment