Pembatalan Pengisytiharan Darurat yang menghadkan pemilikan minyak di kawasan perairan Kelantan masih belum melayakkan negeri itu menuntut royalti minyak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.Ini kerana, tambahnya, menurut undang-undang, selepas pengisytiharan itu dibuat, Ordinan Darurat masih terpakai sehingga enam bulan berikutnya.
“Isu pertama tentang kawasan yang dianggap kawasan negeri dan kawasan Malaysia. Kalau dalam Ordinan Darurat ada tentukan had hak negeri 12 batu nautika daripada pesir pantai negeri. Lepas daripada itu hak Malaysia.
“Ini ikut Ordinan Darurat itu tepat. Sekarang sekiranya batal, apa cerita sekarang? Bawah undang-undang, sekiranya Ordinan Darirat dibatalkan masih ada enam bulan sebelum dikuatkuasakan atau tidak dikuatkuasakan,” katanya.
Menjawab soalan dalam sebuah forum di Kota Baharu kelmarin, Nazri bagaimanapun meminta orang ramai supaya menunggu keputusan mahkamah tentang siapa yang berhak terhadap telaga minyak yang menjadi pertikaian Kelantan dan kerajaan pusat itu.
Turut terlibat sebagai ahli panel bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.
Sementara itu, Abdul Rashid pula berkata, royalti sehingga RM600 juta patut diberikan kepada Kelantan atas semangat 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment