Datuk K akhirnya berjaya menjadi pembida tertinggi dengan bayaran RM66,550...Plate kereta KCT1 berjaya menjadi milik mereka berdua...
Dalam proses pembidaan itu, JPJ telah menetapkan harga minimum atau harga pembukaan tempahan nombor itu adalah sebanyak RM10,000. Tetapi setelah proses bida-membida dilakukan, akhirnya Datuk K juga yang berjaya memilikinya.
Bagi Datuk K, nombor plat kenderaan itu lebih bernilai daripada jumlah angka wang RM66,550.
Lebih-lebih lagi bila ia merupakan cantuman namanya dengan nama isteri yang tercinta, Siti. Romantis sungguh... Bertuah Siti sebab dapat memiliki seorang suami yang penyanyang seperti Datuk K.
Sebelum itu, ramai yang ingat Dato Siti yang telah membida nombor plat kenderaan berkenaan. Tapi, rupa-rupanya tidak. Sebaliknya, Siti mengatakan sumainya adalah pembida yang sebenar.
Siti juga beritahu dia tidak akan membazirkan wang yang banyak hanya semata-mata untuk memiliki nombor kenderaan.
Duwet banyak,nak beli plat keta saja pun boleh habiskan RM66,550....memang kaya~
P/S: rambut Dato siti dah makin berkarat dah skrg..hehe
No comments:
Post a Comment