Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, June 21, 2010

Tangkap khalwat...Tiga wanita dalam satu bilik hotel

TIGA wanita antara mereka dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam atas dakwaan berkhalwat di Intekma Resort, November lalu.


SHAH ALAM: Seramai 39 individu termasuk tujuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas tuduhan berkhalwat sehingga menimbulkan syak di dalam sebuah bilik di Intekma Resort & Convention Centre, pada November tahun lalu.

Bagaimanapun di dalam prosiding yang dijalankan di dua mahkamah rendah berbeza, hanya 29 individu termasuk tiga wanita, yang hadir untuk mendengar tuduhan yang dikenakan ter-hadap mereka.

Mereka yang rata-rata pelajar berusia antara 17 hingga 30 tahun dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bilik, Blok 4 hotel itu yang terletak di Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, di sini, pada jam 2.10 pagi, 15 November 2009.

Mereka didakwa berada bersama-sama dengan bukan muhrim sehingga boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) untuk lelaki dan (b) untuk wanita Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding semalam, 10 lelaki mengaku salah dan masing-masing dihukum denda RM2,000 hingga RM2,900 atau penjara antara 30 hingga 90 hari manakala 19 individu termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM1,500.

Sepuluh individu yang gagal hadir akan dikenakan waran tangkap.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Muhamad Nazri Basrawi dan Siti Fatimah Ahmad Maulana di hadapan Hakim Syarie Kamarulzaman Ali dan Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin.

No comments:

Post a Comment