Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, August 19, 2010

Siti Nurhaliza dan Kak Pah Berbaik Semula

Setelah enam tahun melalui konfrantasi, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas sempena Aidilfitri.

Ramadan kali ini benar-benar membawa berkat apabila kedua-duanya sedia digandingkan seterusnya membuang air keruh selama ini.
Usaha itu dilakukan sekumpulan wartawan yang rapat dengan kedua-dua selebriti popular itu.





Apatah lagi masing-masing sudah melupakan kejadian yang menggemparkan industri hiburan pada tahun 2004 itu.Sesi fotografi diadakan di bilik royal suites Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur dalam suasana yang nyaman.

"Sebenarnya sebelum ini kami pernah berjumpa dalam satu majlis yang kami hadiri bersama."
"Tapi pada masa itu tak sempat nak berbual panjang. Inilah masa Siti dapat berbual dan bertanya khabar bila digandingkan dalam sesi fotografi."

"Siti harap janganlah peminat ungkitkan perkara yang sudah lama berlalu. Siti pun dah lupakan benda itu.


"Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru," kata Siti.
Sharifah Aini juga tiada sebarang masalah untuk beri kerjasama dalam sesi fotografi ini.

"Saya sedih sangat dalam sesi hari ini. Bila Siti lentukkan kepala ke paha Kak Pah, Kah Pah tak boleh tahan air mata. Sedih sangat."

"Kak Pah rasa Siti juga rasa perkara yang sama bila kami bertemu hari ini."
"Kami ini mangsa keadaan. Kerana ada pihak lain yang melaga-lagakan, sampai enam tahun kami tak berjumpa."
"Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini."
"Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku," kata Sharifah Aini.

No comments:

Post a Comment