Khabarnya konsert Datuk Siti Nurhaliza di Pulau Pinang dibatalkan atas nasihat daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Mungkinkah impian Datuk Siti untuk menimang anak akhirnya sudah tercapai? Benarkah Datuk Siti Nurhaliza sedang mengandung?
Mengikut kata-kata kaum ibu yang kami kenali, sememangnya masa permulaan mengandung adalah sangat kritikal untuk kesihatan bayi. Tak boleh kerja berat sangat. Dan daripada surat akuan yang diterima oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, tertulis yang Datuk Siti digalakkan agar tidak membuat perjalanan jauh dan sebarang aktiviti fizikal.
Kalau benarlah Datuk Siti Nurhaliza mengandung kali ini, kami ucapkan jutaan tahniah. Rasanya ramai sangat peminat-peminat yang ternanti-nanti berita gembira ini. Tapi apa pun kita kena tunggu penjelasan daripada Datuk Siti. Mungkin doktor suruh berehat sebab dia sedang menerima rawatan kesuburan dan bukannya mengandung.
Oh ye ada satu lagi perkara yang sangat kami kagumi berkaitan dengan pembatalan konsert ini. Datuk Siti bukan sahaja memulang RM60,000 yang diterima sebagai bayarannya, malah dia akan bertanggungjawap atas segala kerugian yang bakal ditanggung oleh pihak penganjur. Baik kan?
Semoga rezeki Datuk Siti dan Datuk K untuk menimang cahaya mata akan terkabul jua. Sama-samalah kita doakan.
*Artikel dari http://beautifulnara.com
No comments:
Post a Comment