Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, November 17, 2010

Hubungan Marion, Nasaruddin Tak Dapat Restu?

1 SEPTEMBER 2010: Isnin yang lalu, Murai Batu dah pun kasi tahu tentang perkembangan terbaru hos E! Newa Asia, Marion Counter, 30, yang bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.

Setekah 5 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan, SM Nasaruddin, 27, yang juga anak kepada pengasas syarikat konglomerat terkemuka, Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Marion akan mengahwini kekasihnya itu pada sekitar bulan Disember nanti.

Namun, sebelum itu, Marion khabarnya akan memeluk agama Islam terlebih dulu. Apa yang menariknya, hubungan mereka telah mendapat restu daripada keluarga masing-masing. Baguslah macam tu. Sebab restu keluarga sebenarnya amat perlu dalam sesebuah hubungan.

Tapi, apa yang Murai Batu dengar lain pulak ceritanya. Khabarnya keluarga SM Nasaruddin khabarnya tidak setuju dia mengahwini Marion dan perkara ini nampaknya telah menjadi topik utama di kalangan ahli keluarganya terutama di dalam twitter.

Murai Batu dapat tahu hal ini pun daripada orang-orang tertentu yang dapat membaca twitter tersebut. Kalau bohong diaorang, bohonglah apa yang Murai Batu ceritakan ini…

Murai Batu tak tahulah apa sebenarnya yang berlaku tentang hubungan Marion dan SM Nasaruddin. Tapi, Murai Batu tengok, semuanya nampak okey saja. Mereka pun nampak sepadan sangat. Tapi, kalau dah jodoh diaorang, nak buat macamanakan?

Apapun, Marion juga bakal menggantikan tempat Sarimah Ibrahim sebagai hos Biggest Loser Asia 2 tidak lama dan pengumuman secara rasmi berhubung pemilihannya sudah pun dibuat.

Kredit:Murai

No comments:

Post a Comment