Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, January 31, 2011

RON 97 sah naik 10 sen

Harga petrol RON97 akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini. Dengan kenaikan itu bahan api RON97 akan dijual RM2.50 seliter. Ini kenaikan kali kedua tahun ini. Ia mengalami kenaikan, juga 10 sen seliter berkuat kuasa 5 Januari lalu. Ia juga merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter. Minyak petrol jenis ini banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi dan tidak ditetapkan oleh kerajaan.

Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah. Di masa lalu harga barangan seperti gula dan LNG akan bergerak naik sama.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan. Harga bagi RON95 kini masih ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

No comments:

Post a Comment