Kerana dadah badan binasa. Kerana dadah hancur keluarga. Kerana dadah tubuh merana. Aceh, macam buat cerpen pulak. Tetapi itulah nasib Ameng Spring yang dikenakan hukuman penjara 8 tahun dan 10 kali sebatan selepas mengaku bersalah atas 3 dakwaan terhadap dirinya.
Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.
Sumber berita Mstar.
No comments:
Post a Comment