Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, June 18, 2011

Malaysia VS Myanmar [Persahabatan Antarabangsa]


Pasti ramai yang menyaksikan perlawanan persabahatan antarabangsa antara pasukan bola sepak negara menentang pasukan dari negara Myanmar. Perlawanan ini adalah sebagai persediaan untuk menentang Taiwan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada 29 Jun 2011 ini.

Perlawanan Malaysia lawan Myanmar sebentar tadi diadakan di Stadium Mohammed ke-IV dan merupakan pertama kali diadakan diluar Kuala Lumpur. Keseluruhan perlawanan agak perlahan kerana keadaan padang yang basah selepas hujan, bagaimanapun kedua-dua pasukan tetap memberikan persembahan yang menarik dengan saling berbalas serangan.

Dan akhirnya Malaysia menang dengan 2-0. Gol dijaringkan oleh Mohd Amirul Hadi dan Badrul Bakhtiar. Keputusan ini akan memberi suntikan semangat pada pasukan negara dalam kelayakan Piala Dunia nanti walaupun menentang Taiwan itu agak sukar.

*Apa pun, sokongan seluruh rakyat Malaysia tetap untuk pasukan negara Malaysia!! Jangan lupa juga malam esok Skuad Olimpik negara pula akan beraksi menentang Lubnan. Mesti sokong!! Korang sokong tak?

No comments:

Post a Comment