Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, June 18, 2011

Siaran Langsung Malaysia vs Lebanon Di Dataran Merdeka


Para peminat bola sepak berpeluang untuk menonton siaran langsung perlawanan kelayakan Olimpik, Malaysia menentang Lebanon, melalui skrin besar di Dataran Merdeka pada Ahad ini bermula pukul 10.30 malam.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan, siaran langsung itu dibawakan oleh kementerian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Skuad Olimpik Malaysia di bawah kendalian Ong Kim Swee layak beraksi menentang Lebanon pada pusingan kedua kelayakan Olimpik yang berlangsung di Stadium Sport City, Beirut selepas menumpaskan Pakistan dalam perlawanan kelayakan pertama dengan aggregat 2-0.

Pasukan negara dijangka pulang ke tanah air pada 20 Jun dan menanti kedatangan lawan bagi perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 23 Jun.

– Bernama

No comments:

Post a Comment