Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, June 12, 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011

Terengganu 2 - 1 Kelantan
Nurul Azwan Roya, Dausu (gol sendiri), Nordin Alias

Terengganu Juara Piala FA


Jaringan gol daripada Nordin Alias pada perlawanan masa tambahan memberi kemenangan kepada Terengganu apabila kedudukan terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan.Kelantan memperoleh gol pertama dijaringkan Nurul Azwan Roya. Lob cantik untuk kalahkan penjaga gol Terengganu. Piala FA seakan menjadi milik Kelantan tetapi nasib malang menimpa pada saat terakhir apabila jaringan gol sendiri daripada pemain pertahanan Kelantan, Dausu Jamaluddin. Gol tersebut memberi semangat untukTerengganu untuk berjuang di masa tambahan. Dengan ramai pemain yang keletihan,Terangganu nampak menguasai perlawanan sehingga berjaya jaringkan gol kemenangan. Tahniah Terengganu. :)

Pemain terbaik perlawanan: Marzuki Yusof (kapten Terengganu)
Juara: Terengganu
Naib Juara: Kelantan

Terangganu Juara Piala FA

Hmm kumpulan 'underdog' menang, walaupun 90 minit perlawanan tu mereka tidak bermain cantik dan tidak menguasai perlawanan namun nasib memang menyebelahi mereka. Pada perlawanan masa tambahan, mereka beraksi lebih baik dan kerja keras pemain-pemain dibalas dengan kejuaraan piala FA 2011. Kad kuning banyak gila, ingatkan ada dapat kad merah. pengadil sangat sibuk malam ni. Pemain-pemain yang cedera pun ramai, pihak medik juga antara yang sangat sibuk mengangkat pemain keluar padang.

Pengurus Terengganu, Irfan bakti ni jaga la penampilan sikit, berpeluh satu badan tu hahaha tau la dah juara Piala FA. Sebelum perlawanan ada bacaan ikrar pe entah, tak dengar dua-dua kapten pun cakap tak sama pun. Macam biasa ada mercun @ bunga api masuk padang, perlawanan berhenti kira-kira 5 minit. Penonton terengganu yang keluar stadium awal tu memang rugi. hehe Kelantan dapat cuti esok bagi kesenangan mereka pulang ke Kelantan. Kalah dapat cuti boleh la. Tahniah juga kepada Terengganu yang merupakan pemaenang terakhir trofi Piala FA ini sebelum di ganti dengan trofi baru.

Tahniah Terengganu

No comments:

Post a Comment