Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, June 18, 2011

Menangi pas perlawanan Arsenal di sini (Pro Events)

Peminat dan penyokong setia Arsenal, rebutlah peluang ini untuk memenangi pas-pas perlawanan Arsenal pada 13 Julai 2011.

Bersedialah untuk EPL Overload kerana 3 pasukan bola sepak gergasi akan datang ke Malaysia pada Julai 2011 untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Arsenal akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Julai 2011, Liverpool pada 16 Julai 2011 dan Chelsea akan beraksi menentang pasukan kita pada 21 Julai 2011!

Untuk memenangi tiket melalui ERA fm, anda perlulah mendengar isyarat memanggil yang akan keudara pada setiap Isnin hingga Jumaat antara jam 10 pagi hingga 12 malam di ERA. Jadi pemanggil pertama di talian 03 9543 3355 dan peserta kemudian perlu menjawab satu soalan mengenai salah satu pasukan tersebut dengan betul.

Seorang pemenang akan memenangi dua keping pas perlawanan EPL tersebut. *Tertakluk terma dan syarat.

Anda juga boleh memenangi pas-pas perlawanan di laman web ERA. Anda hanya perlu menjawab dua soalan mengenai pasukan tersebut dan lengkapkan slogan yang diberikan dengan kreatif.

Bukan itu saja, anda juga boleh memenangi pas perlawanan melalui Skuad ERA di lokasi lintasan terpilih.

Promosi adalah dari minggu 16hb Jun 2011 hingga 21 Julai 2011. Peraduan Arsenal akan diadakan dari 20 Jun 2011 hingga 24 Jun 2011. Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk memanjangkan/memendekkan tempoh Peraduan ini.

Tertakluk terma dan syarat peraduan.


No comments:

Post a Comment