- KUALA LUMPUR: Konsert Loudspeaker yang berlangsung malam Ahad di Stadium Merdeka di sini, kurang meraih perhatian umum walaupun ia menampilkan empat penyanyi hebat iaitu kumpulan Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter serta FaizalTahir & Royale FT Force.
- Menurut wakil penganjur Red Garage Group Sdn Bhd, Dira Abu Zahar, walaupun sambutan yang diberikan penonton tidak mencapai sasaran, namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka.
- "Saya tidak melihat konsert ini sebagai satu kegagalan sebaliknya satu platform mendidik pencinta muzik dalam menghargai konsert berbayar.
- "Untuk sukses ke arah itu ia memerlukan masa dan saya percaya jika penganjur berani melakukan seperti apa yang telah kami buat malam ini, kita dapat membantu perkembangan industri muzik tempatan.
- Pada konsert tersebut, lebih kurang 3,000 penonton sahaja yang hadir pada malam itu dan difahamkan ia berpunca daripada segi harga tiket yang dikatakan agak mahal iaitu RM77 dan RM222 untuk VIP selain ia berlangsung pada cuti umum.
- Pemilihan artis yang kurang menekankan golongan 25 tahun ke bawah serta kelompok peminat yang berbeza ideologi juga antara faktor mengapa konsert ini kurang berjaya meskipun persembahan artis bertenaga dengan paduan muzik mantap.
- Bagaimanapun, tambah Dira, percubaan pertama pihaknya menjayakan konsert berbayar dikira berjaya dan berpuas hati dengan pengurusan produksi yang dilakukan bersama krew-krew lain.
- "Secara peribadi, saya sangat berpuas hati daripada segi persembahan. Ini bukan pengakhiran sebaliknya permulaan.
- "Bagi saya, rakyat Malaysia terlalu di manjakan dengan konsert percuma dan kita perlu berubah senario berkenaan," katanya.
Followers
Search This Blog
JOM LAYAN " OMBAK RINDU".
Monday, December 26, 2011
Konsert 'Loudspeaker' Tidak Capai Sasaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment