Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, April 10, 2012

Maya Karin Jadi Penghias Muka Hadapan LISA & Bicara Tentang Status Bakal Suami

Ha engkau. Kalau tajuk entri tidak propaganza, tidak sah letakkan di blog Rotikaya ini. Dan, Maya Karin belum pun mahu berkahwin.

Pelakon filem wanita yang berada dalam kelas’nya tersendiri ini telah terpilih untuk menjadi wajah penghias muka hadapan majalah LISA keluaran 15 Mac 2012.

Maya Karin tampak bergaya ala remaja dengan persalina ringkas rona ungu & putih namun masih mampu kekalkan ciri ciri matang untuk edisi LISA kali ini.

Pastinya, dalam artikel yang iringi kehadiran Maya Karin sebagai wajah muka hadapan, ada terselit kisah cinta & hati pelakon yang kini single dan mengakui sedang mencari calon yang paling sesuai untuk menjadi teman hidup’nya.

“Kalau mahu mencari bakal suami, minggu hadapan pun saya boleh berkahwin namun kita perlulah selektif. Ramai sebenarnya yang mencintai diri saya tetapi mencari seseorang yang kita cinta bukan mudah,” ujar Maya Karin.

Mahu tahu kisah lanjut? Dapatkan majalah LISA keluaran 15 Mac yang sudah berada di pasaran hanya untuk RM3.90. Cepat sebelum habis. Heh.

No comments:

Post a Comment