Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, March 6, 2011

Dato' Siti Nurhaliza rakam album Inggeris

Tahniah lah kepada Dato' Siti Nurhaliza yang bakal merakamkan album Inggeris pertama untuk dirinya selama mana dia bergelar artis. Sebagai penyanyi yang dikenali di sekitar nusantara, Dato Siti perlu meluaskan empayar kerjayanya ke serata dunia. Oleh itu lagu berbahasa Inggeris adalah tepat, kerana ianya bahasa antarabangsa yang boleh difahami oleh orang ramai, selain itu agar dapat membuatkan komuniti negara luar dapat menerima lagu Siti sekaligus mempromosi Malaysia di mata dunia. Apa-apa pun semoga Dato' Siti sukses dan berjaya dalam mengejar impiannya itu. :)

"Sebenarnya plan untuk merakamkan album inggeris ini sudah lama, tapi ia tertangguh. Tapi kini selepas ulang tahun saya yang lalu, saya membuat keputusan untuk merakamkan album ini secara serius. Setakat ini saya sudah merakamkan enam buah lagu, dan mungkin empat lagi akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"Saya mendapat kerjasama daripada komposer Australia, Brian Bruno dan Christian Alexander. Sebenarnya album ini lebih kepada projek khas saya antara SNP dan Wassup Entertainment (milik adib, anak Datuk Khalid). Untuk permulaan, album ini akan di pasarkan di Malaysia terlebih dahulu, dan saya berharap ia juga boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa.

"Tak dinafikan, memang agak sukar untuk merakamkan album ini, lebih-lebih lagi mereka mahu kita menyanyi dalam 'slang' mereka, tapi Alhamdulillah, setakat enam buah lagu yang dirakamkan, saya berjaya melaksanakannya," jelas Siti.
Dipetik di halaman ManggaOnline.

No comments:

Post a Comment