"Waktu saya mula-mula mendapat skrip daripada Shahriman Wahap dan cuba fahami keseluruhan cerita, saya sudah mula takut dan dapat bayangkan apa yang akan berlaku jika difilemkannya. Mantera yang tercatat dalam skrip itu adalah mantera sebenarnya yang berasal dari Siam dan Jawa. Kadang kala saya terbaca mantera itu sebab ia dah melekat dalam kepala saya.
"Akibatnya waktu saya memandu benda itu duduk di sebelah saya dan saya kerap ternampak makhluk-makhluk lain sewaktushooting. Pada pengetahuan saya, jika hati kita bersih makhluk tersebut akan muncul untuk menunjukkan situasi atau keadaan sebenar dirinya.
"Banyak lagi peristiwa pelik yang berlaku di dalam rumah yang berusia 500 tahun seperti krew filem hilang dalam rumah dan ketika tidur di dalam rumah tersebut dan saya mimpi mendapat sebilah keris, apabila terjaga saya dapati keris itu ada di sebelah saya," ujarnya bersyukur diberi kesempatan menjalankan penggambaran di Penjara Pudu sebelum dirobohkan.
Mantra memaparkan kehancuran sebuah masyarakat sekiranya mereka bersekutu dengan syaitan untuk membalas dendam. Bagi Azhari, dia hanya ingin menunjukkan bagaimana rapuhnya sifat manusia akibat perasaan hasad dengki. Dapat dilihat bagaimana insan teraniaya mengambil jalan yang salah bagi menuntut bela. Kehilangan isteri meremukkan lagi jiwa Muzir (Zul Handy Black) dan peluang mempelajari ilmu hitam sewaktu dalam tahanan tidak dilepaskan begitu saja.
Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini dibintangi oleh Zul Suphiaan, Hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Mas Muharni, Bob Lokman dan ramai lagi.
FOTO oleh SITI SUHAIDA NAPIALPHRI
No comments:
Post a Comment