Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, July 17, 2010

Minum Berdiri & Kelebihan Air Zam-Zam


Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah menyebabkan ulama berbeza pendapat mengenai hukum minum berdiri itu. Hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim iaitu:

Terjemahan: dari Anas R.A., sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771. Hadis ini menjelaskan larangan yang berbentuk tegahan minum secara berdiri. Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn qym berpendapat hokum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk.

Namun beberapa fuqaha seperti Imam Malik berpendapat larangan ini telah dimansukhkan dengan hadis Ibn Abbas iaitu:
Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri (riwayat Muslim).

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim didalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776. Hadis ini menunjukkan Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam Malik telah memansukhkan hadis yang pertama tadi dengan hadis ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram. Perkataan nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi hadis Ibnu Abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat makruh.

Hadis dari Anas merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah. Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah qauliyah, manakala hadis sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis Anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.

Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang dimaksudkan itu adalah untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan tidak haram. Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di ihat mengapa Rasulullah saw menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; di mana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang. Adapun minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan."

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah SAW minum air zam-zam berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa Rasulullah SAW minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebab Rasulullah SAW minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang meminumnya. Di sini saya tunjukkan perbandingan unsur-unsur yang terdapat di dalam air zam-zam dengan air mineral:


PERBANDINGAN UNSUR KIMIA:

ZAM ZAM ( Mg/l ) ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, MINERAL
* Klorida (cl) 159,75 ,………………………………………......Mineral : 30
* Sulfat (SO24) 140 ,…………………………………………...M ineral : 27
* Nitrat (NO3) - ,…………………………………………....…..Mineral : 15
* Nitrit (NO2) 0,045 ,……………………………………..…...Mineral : -
* Bikarbonat (HCO3) 398,22,……………………………..…Mineral : 32
* Flour (F) - ,…………………………………………. ……….....Mineral : 0,7
* Besi (Fe) tak terdeteksi ,………………………………..…..Mineral : 0
* Mangan (Mn) 0,014 ………………………………………....Mineral : -
* Natrium (Na) 318,0 ,………………………………………....Mineral : 20
* Kalium (Ca) 182,2 ………………………………………….... Mineral : 3
* Zat Padat Terlarut (TDS) 858 , …………………………..Mineral : 170
* Magnesium (Mg) 6,86 ……………………………………….Mineral : 5
* Zat Organik 2,79 -………………………………………….. ...Mineral : -
* Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -…....Mineral : -
* PH 7,3 ………………………………………….. …………….......Mineral : 7,2

Melalui jadual di atas kita dapat lihat perbezaan yang sangat ketara di antara unsur-unsur yang terdapat dalam air zam-zam dengan unsur yang terdapat dalam air mineral, air zam-zam mempunyai kualiti yang sangat tinggi dan tidak dapat di tandingi oleh mana-mana air.

Selain itu diantara kelebihan air zam-zam ialah apabila peminumnya berniat menjadikannya sebagai penawar nescaya Allah akan menyembuhkannya atau dengan niat untuk mendapatkan pertolongan nescaya allah akan menolong. Oleh sebab inilah Rasulullah SAW telah mengajarkan beberapa kaedah dan doa apabila hendak minum air zam-zam ini supaya mendapat keberkatan dari Allah.

Air zam-zam juga mempunyai kelebihan di mana mata airnya tidak pernah kering, walaupun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutamanya pada musim haji, bahkan pada masa kini dengan peralatan canggih orang yang berada di masjid Nabawi yang jaraknya 450km dari mekah dapat meminum air zam-zam setiap saat dan ianya tidak pernah berkurang apatah lagi kering. Ini menunjukkan keistimewaan yang terdapat pada air zam-zam.

Sumber : supervain.com

No comments:

Post a Comment