Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, July 19, 2010

VEE Jaga Batasan Seorang Isteri

Gelaran isteri bukanlah penghalang untuk Vanidah Imran atau lebih senang disapa dengan panggilan Vee 'bercinta' lagi. Meskipun menjadi milik mutlak kepada Shidi Ishak, Vee diizin menjalin kasih asalkan tidak melanggar batasan yang ditetapkan.

"Shidi tahu Vee bagaimana. Vee tahu apa yang boleh dan tak boleh buat. Tapi bila berlakon, memang Vee tak akan sekali-kali berkemban. Maruah suami dan keluarga harus dijaga walaupun suami beri keizinan untuk meneruskan karier lakonan. Selalunya pengarah akan faham jika Vee tak selesa lakonkan sesuatu babak dan dia tak akan memaksa.

"Vee pun ada anak-anak yang bersekolah dan kalau boleh tak mahulah mereka malu dengan lakonan ibu sendiri. Vee akan pastikan tak ada satu babak atau lakonan Vee yang cenderung ke arah yang negatif," ujar Vee memberi komen apabila digandingkan bersama Rosyam Nor dalam drama
Isabella.

Menyedari lakonannya sebagai pasangan bercinta dalam Isabella akan menimbulkan rasa kurang senang peminat memandangkan statusnya sebagai isteri, lebih-lebih lagi Vee dan Shidi antara pasangan paling romantis walau sudah sembilan tahun berumahtangga.

"Bukan Vee tak pernah berlakon sebagai pasangan bercinta, cuma mungkin dengan abang Rosyam, adegan dan perasaan romantik yang penonton rasakan lain sebab abang Rosyam pelakon hebat. Vee senang 'bercinta' dengan dia sebab ada
chemistry yang wujud antara kami. Malah Shidi sendiri kenal rapat dengan abang Rosyam.

"Vee tak berapa fikirkan soal romantik dengan abang Rosyam sebab itu adalah tuntutan kerja. Kalau selalu dihimpit perasaan begitu, kita akan sekat kemampuan seorang pelakon. Ini pertama kali Vee digandingkan dengan abang Rosyam dan kadang kadang sukar nak baca apa yang dia nak. Tapi syukur sebab banyak yang Vee belajar seperti teknik bermain kamera dan skrip," kata Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 ini.

Vee membawakan watak
Isabella yang mengalami gangguan mental akibat kehilangan kekasihnya dalam sebuah kemalangan. Isabella adalah sebuah kisah cinta yang penuh tragis yang menggandingkan pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Datuk Rahim Razali, Fauziah Nawi dan Omar Abdullah. Drama ini bakal bersiaran menerusi saluran 105 bermula 13 Julai ini di Astro Prima.

FOTO oleh AMIN FARIJ HASAN

No comments:

Post a Comment