Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, October 22, 2010

Bront Palarea dalam Telemovie Bunga Rampai Musim Tengkujuh

ISU PENCERAIAN DALAM TELEMOVIE BUNGA RAMPAI MUSIM TENGKUJUH DI TV1

Banyak pendapat mengatakan jika pasangan suami isteri itu memiliki kriteria masing-masing saling berpendidikan tinggi, berjawatan baik dan anak keluarga berada serta dari keturunan baik-baik selain mereka sama cantik sama kacak, pasangan itu kekal bahagia selamanya.

Namun hakikatnya tidak sebegitu apabila tiba satu saat apabila perasaan saling tidak memahami timbul dan rasa kurang sabar semakin menipis dalam diri. Di situlah permulaan sikap tidak seia dan sekata lagi dalam kehidupan seharian dan mulalah timbul pertengkaran yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan penceraian.

Plot kisah ini diangkat melatari Telemovie yang sarat dengan konflik dan pengajaran kepada pasangan suami isteri supaya tidak semudahnya bertindak mengikut perasaan bertajuk, Bunga Rampai Musim Tengkujuh yang disiarkan pada 31 Oktober 2010 (Ahad), jam 10.05 pagi di TV1.

BUNGA RAMPAI MUSIM TENGKUJUH

Menyaksikan Nasrul Suhaimin atau lebih dikenali sebagai Bront Palare muncul membintangi watak utama seorang suami bernama Jamal yang gila talak setelah menceraikan isterinya, Mardhiah lakonan hebat Balkish Semundur Khan. Drama ini turut dibintangi oleh Azman Nor yang membawakan watak pemuda ’bodoh-bodoh alang’ yang dijadikan suami ’cina buta’ dalam perhubungan mereka.

Plot kisahnya bermula dengan babak dimana detik-detik bahagia pasangan kekasih, Jamal berkahwin dengan Mardhiah berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Perkahwinan mereka nampak bahagia kerana mereka ‘sekufu’ iaitu sama-sama berpendidikan tinggi, berjawatan baik dan anak keluarga berada serta dari nasib keturunan baik-baik selain mereka sama cantik sama kacak.

Persediaan menyambut ulangtahun hari lahir Jamal bertukar menjadi tragedi dan buat pertama kali Mardhiah meninggikan suara kepada Jamal sehingga akhirnya mencetuskan pergaduhan besar sehingga Jamal melafazkan cerai ‘talak tiga’ kepada Mardhiah.

Tindakan Jamal itu turut dikesali oleh Bob, kawan baik dan rakan niaga Jamal. Jamal pula sebaik sahaja bercerai mula ‘gila talak’. Dia sering mencari Mardhiah dan minta rujuk kembali. Mardhiah cakap dengan Jamal mereka tidak boleh lagi hidup bersama kerana Jamal sudah menceraikannya dengan ‘talak tiga’. Jamal menjadi separuh sasau dan siang malam menghubungi Mardhiah.

Bob memberikan satu-satunya idea untuk kembali kepada Mardhiah dengan ‘mencipta’ perkahwinan iaitu ‘Cina Buta’ iaitu perkahwinan antara Mardhiah dengan Harun. Harun adalah lelaki yang dipilih kerana Harun tidak berapa cerdik.

Harun…(32 tahun) seorang anak nelayan kecil yang hidup serba sederhana bersama ibunya Molek. Dalam pertemuan itu juga, Harun memberitahu dia sedang mencari kerja sambilan untuk dilakukan sepanjang bulan November dan Disember kerana sepanjang dua bulan itu dia tidak boleh turun ke laut kerana musim tengkujuh. Dia juga memerlukan duit untuk membiayai pembedahan mata ibunya yang dijangka akan dibuat pada bulan Januari. Harun bersetuju dengan upah RM5,000.

Molek terkejut dengan kepulangan Harun dan Mardhiah. Dia begitu bimbang kalau-kalau Salim membawa lari anak dara orang. Mardhiah cakap dengan Molek bahawa dia berkahwin dengannya secara sah dan mereka akan mendaftar perkahwinan mereka dengan jabatan agama Islam dalam sehari dua lagi.

Kehidupan Mardhiah mulanya kelam kabut dek perangai Harun dan sifat Harun yang agak betul bentul. Mardhiah juga terpaksa hidup dikampung kekurangan. Jamal makin gelisah dan seperti cacing kepanasan apabila Harun masih belum ceraikan Mardhiah. Dia segera pergi mencari Harun.

Jamal ke kampung Harun dan berjumpa dengan Harun sekeluarga. Jamal menuntut janji. Molek begitu terkejut dan marah dengan Harun. Mardhiah cakap dengan Molek supaya jangan marahkan Harun, semua ini angkara Jamal. Dia memang tak nak kembali kepada Jamal sebab itulah dia setuju kahwin dengan Salim. Dia berharap akan dapat membina hidup baru dengan Salim.

Jamal bertengkar dengan Harun tetapi akhirnya Molek yang terbunuh akibat terbaling buah kelapa. Jamal kembali ke ibu kota dengan kesedihan dan kegagalan. Lalu bagaimanakah kesudahan nasib Jamal? Adalah Mardhiah memilih untuk terus menjadi isteri kepada Harun atau pun sebaliknya?

BUNGA RAMPAI MUSIM TENGKUJUH2

BUNGA RAMPAI MUSIM TENGKUJUH3

BUNGA RAMPAI MUSIM TENGKUJUH1

* WWW.BUDIEY.COM

No comments:

Post a Comment