Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 9, 2010

KEMASKINI TERKINI GALAS SEMAKIN HANGAT

Semenjak dua menjak ni setiap hari pasti ada sahaja kemaskini terkini mengenai Galas sama ada melalui media arus perdana mahupun media alternatif. Pendek kata perkataan galas menjadi cukup popular di seluruh negara. Pastinya hampir semua pembaca mengetahui punca populariti galas yang tiba-tiba melonjak, berikutan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman baru-baru ini.

DUN Galas rasanya berasal dari lokasi Sungai Galas yang terletak di Gua Musang, Kelantan manakala perkataan Galas mengikut Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud mengandar, menyandang, memikul menanggung tanggungjawab, masalah dan sebagainya. Blog ini tiada menyentuh isu politik, dan jauh sekali prk dun galas, namun ingin menyentuh tentang perkataan galas dengan lebih lanjut lagi.

Galas adalah kata nama yang bersinonim dengan kandar, pengandar, gandar manakala kata terbitan pula menggalas, penggalasan, penggalas.

Sememangnya semua individu terbabit dengan perkataan galas ni, maksudnya semua individu mempunyai peranan untuk memikul tanggungjawab tertentu dalam perjalanan hidup masing-masing, dari sekecil-kecil tanggungjawab sehinggalah sebesar-besarnya.

Budak kecik menggalas tanggungjawab untuk mengikut pesanan dan didikan orang tuanya, pelajar sekolah juga banyak menggalas tanggungjawab untuk berjaya dalam pelajaran, mahasiswa pula berdepan dengan penggalasan tanggungjawab untuk lulus dan mendapat kerja yang setimpal dengan ijazah dan kemahiran mereka.

Cikgu, guru, pendidik, pensyarah pula sebagai penggalas tanggungjawab untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, para pekerja pula menggalas tanggungjawab untuk melaksanakan arahan daripada majikan mereka, para peniaga juga tidak terlepas daripada menggalas tangungjawab memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan mereka.

Ahli sukan juga galas tanggungjawab memastikan kemenangan pasukan mereka, peminat sukan juga menggalas tanggungjawab untuk memberi sokongan padu kepada pasukan yang disokong.

Di peringkat lebih tinggi seperti pentadbiran negara pula, para pengundi menggalas tanggungjawab untuk mengundi calon pilihan mereka, para wakil rakyat dan pemimpin juga menggalas tanggungjawab untuk memimpin masyarakat dan negara ke arah lebih baik.

Dari persepektif lain pula, blogger dan pengendali laman web pun menggalas tanggungjawab untuk sentiasa meningkatkan jumlah pelawat dan pengunjung ke blog dan laman web masing-masing. :D

Itu belum masuk bab ‘hereafter‘ lagi, setiap insan ada peranan dan tugas masing-masing yang perlu di galas, bukan takat main galas gitu-gitu sahaja, malahan akan di soal satu persatu pulak tu hatta sebesar zarah sekalipun. Memang hebat dan besar penangan perkataan galas ni.

Pendek kata memang perkataan galas ni cukup popular dan hampir mengenai semua anggota masyarakat lah, dari budak kecik sampai ke warga emas, semua ada peranan dan tanggungjawab yang perlu di ‘galas’.

Jadinya memang tidak hairanlah kenapa perkataan galas begitu popular dan semakin hangat semenjak dua menjak ni. Bukan setakat prk dun galas aje.

P/S: Assignments, journal critiques, data analysis and interpretation pun termasuk dalam tanggungjawab yang sedang di galas oleh penulis artikel ni jugak. :D

No comments:

Post a Comment