Kemaskini terkini dari forbes.com mengenai status dan kedudukan senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia bagi tahun 2010 ini. Secara asasnya kriteria penilaian yang digunapakai oleh pihak forbes.com kurang berdasarkan peranan tradisional kaum wanita tetapi lebih fokus kepada pengaruh kreativiti mereka dan juga keupayaan keusahawanan wanita-wanita terlibat. Pada masa yang sama keupayaan mereka memecahkan halangan gender juga turut diambil kira.
10 senarai teratas wanita paling berkuasa di dunia tahun 2010 di kuasai oleh:
- Michelle Obama – United States
- Irene Rosenfeld – United States
- Oprah Winfrey – United States
- Angela Merkel – Germany
- Hillary Clinton – United States
- Indra Nooyi – United States
- Lady Gaga – United States
- Gail Kelly – Australia
- Beyonce Knowles – United States
- Ellen DeGeneres – United States
Senarai lengkap boleh dirujuk di The world’s 100 Most Powerful Women
Berdasarkan 100 senarai tersebut, Lady Gaga yang baru berusia 24 tahun merupakan wanita termuda yang boleh dikategorikan sebagai wanita paling berkuasa di dunia.
Senarai tersebut juga dikuasai oleh wanita dari United States, namun pada masa yang sama wanita dari kalangan negara Asia tenggara seperti Ho Ching, Chief Executive, Temasek Holdings Singapura tersenarai di nombor ke 30 senarai berkenaan.
Manakala senarai tersebut juga menyenaraikan 4 wanita muslim iaitu Sheikha Lubna Al Qasimi dari United Arab Emirates di tangga ke 70, Sheikha Mozah Bint Nasser Al-Missned dari Qatar di tangga ke 74, Queen Rania Al Abdullah Jordan di senarai ke 76 dan Maha Al-Ghunaim dari kuwait di senarai ke 94.
No comments:
Post a Comment