Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, February 8, 2011

Amy, Awie gegar ‘Wow Putrajaya’



PUTRAJAYA: Persembahan artis terkenal termasuk penyanyi rock Amy Search, Awie dan Ella dijangka menggegarkan karnival ‘Wow Putrajaya’ yang turut menyajikan 39 acara lain bagi menghargai pencapaian Pusat Pentadbiran Kerajaan yang beroperasi lebih 10 tahun lalu.

Karnival dari 11 hingga 13 Februari di Tapak Pasar Tani Presint 2 itu, bakal menyaksikan tiga artis tersohor itu bersama kumpulan Hijau, Mila dan Ito menggerakkan persembahan berkonsepkan ‘Rock and Blues’ pada hari perasmian karnival itu yang dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 12 Februari.


Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman, berkata karnival itu bertujuan mengajak orang ramai khususnya komuniti di daerah itu bersama mengenang pencapaian Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya selain menonjol suasana lebih ceria selepas waktu kerja dan hujung minggu.

Beliau berkata, persembahan artis yang dijangka menggegarkan Putrajaya itu akan bermula selepas perasmian karnival berkenaan, kira-kira jam 8 malam.


“Selain itu, pelbagai gerai jualan dan pameran turut disediakan sepanjang karnival yang menjurus kepada konsep suasana meriah dan berwarna-warni bagi pengunjung sekali gus menjanjikan pengalaman seronok bagi seisi keluarga.


“Bukan itu saja, kita juga menyediakan Pavillion dijangka menjadi tarikan utama sebagai tempat pameran berkaitan satu dekad kecemerlangan Putrajaya, perancangan dan pembangunan serta promosi tempat menarik di Putrajaya kepada orang ramai,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Karnival ‘Wow Putrajaya’, di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Samsudin berkata, pihaknya menjangka kehadiran pengunjung pada tahun ini melebihi kira-kira 50,000 orang yang dicatatkan tahun lalu. Tanpa berselindung, Samsudin berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran pengunjung bagi memeriahkan karnival itu bagi menyaksikan pencapaian dan kemajuan Putrajaya sejak diisytiharkan Wilayah Persekutuan pada 2001.

No comments:

Post a Comment