Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, February 7, 2011

Hubungan Intim Suami Isteri Waktu Pagi Meningkatkan Tahap Kesihatan Serta ‘Mood’ Segar Sepanjang Hari

 Hubungan Intim Suami Isteri Waktu Pagi Meningkatkan Tahap Kesihatan Serta Mood Segar Sepanjang HariBagaimana mahu memulakan harian anda dengan suasana sihat dan ‘mood’ yang segar. Jawapannya mulakannya dari bilik tidur anda. Begitulah hasil kajian pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr Debby Herbenick, saintis penyelidikan Amerika dan kolumnis seks mendapati pasangan orang dewasa yang sering mengadakan hubungan suami isteri pada waktu pagi [ subuh sebelum atau selepas] ternyata tidak hanya merasa lebih bersemangat untuk hari itu, tetapi juga bermanfaat untuk menguatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa orang dewasa yang memulakan hari mereka dengan cara ini akan lebih sihat dan lebih bahagia daripada mereka yang hanya memilih untuk minum teh dan roti bakar sebelum keluar ke tempat kerja.

Ini kerana bahan kimia yang dilepaskan semasa hubungan seks pagi dapat meningkatkan kesihatan dan ‘mood’ baik untuk sepanjang hari, malah ia dapat mengelakkan bukan saja masalah angin dalam badan dan flu tetapi juga mampu meningkatkan kualiti rambut , kulit serta kuku mereka lebih sihat. Dr Debby Herbenick berkata: “Hubungan seks pada pagi hari akan melepaskan kimia oksitosin yang dapat mewujudkan perasaan ceria yang membuat pasangan merasa saling mengasihi dan terikat sepanjang hari.”

Hubungan seks waktu pagi mampu menguatkan sistem kekebalan tubuh anda untuk hari itu dengan meningkatkan tahap IgA anda, sejenis antibodi yang melindungi jangkitan. Zat kimia yang dilepaskan meningkatkan kadar estrogen, yang meningkatkan kualiti tekstur kulit dan rambut.”

Kajian yang dilakukan oleh Queens University di Belfast mendapati bahawa melakukan hubungan seks tiga kali seminggu boleh mengurangkan separuh risiko serangan jantung atau stroke.
Oleh itu, orang dewasa harus tetap cuba untuk mencari masa untuk melakukannya walaupun banyak halangan seperti masa yang terbatas, kerja dan anak-anak.

Penyelidikan dari Universiti Nottingham pula mendapati bahawa lelaki yang terus mengamalkan kehidupan seks yang teratur pada usia 50an mereka juga berisiko lebih rendah terkena kanser prostat

No comments:

Post a Comment