Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, February 8, 2011

KARNIVAL WOW! PUTRAJAYA 11 ~ 13 FEBRUARI 2011

PUTRAJAYA 27 Jan. – Selepas kejayaan mencatat kehadiran penonton hampir 50,000 pada penganjuran kali pertama Karnival Wow! Putrajaya, ia sekali lagi dianjurkan tahun ini.


Masih belum ada sebarang perancangan untuk menghabiskan hujung minggu? Elok sangat lah tu. Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Karnival “Wow! Putrajaya” pada 11-13 Februari 2011 bertempat di Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya. Iaitu berhadapan bangunan Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia tu. Lagi senang kalau ingat landmark roket Millenium Monument Putrajaya tu.

Karnival bertujuan untuk mempromosikan Kalender Acara Putrajaya sepanjang tahun 2011. Di samping itu, Karnival ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai usaha dan perancangan PPj di dalam pembangunan pelbagai kemudahan sukan, rekreasi, komersial dan pelancongan bagi menceria dan memeriahkan lagi suasana di Putrajaya.

Selain bertujuan memperkukuh imej dan mempromosikan Putrajaya sebagai ’Bandar Raya Bersemangat dan Bertenaga’, Karnival ”Wow! Putrajaya” ini juga bermotif untuk menjadikan Putrajaya lebih ceria dan bertenaga selepas waktu pejabat dan pada waktu malam….sunyi kot sebelum ni…heheh.

Karnival ini akan dipenuhi dengan pelbagai gerai jualan dan pameran seperti Big Boyz Toys, Hot Air Balloon, Auto Shows, Laman Seni, Car Boot Sale dan lain-lain lagi. Untuk golongan belia, Karnival ini menyediakan pertunjukan car drift, remote control, pertandingan futsal, walk & hunt, cycle hunt, dan wall climbing. Terdapat juga pertunjukan magic show, inflatable games dan pertandingan jigsaw puzzle untuk kanak-kanak.

Tarikan utama Karnival ini adalah persembahan khas Konsert “Wow! Putrajaya” yang akan menampilkan artis terkenal seperti Amy Search, Awie , Ella, Hujan dan Ramli Sarip pada 12 Februari 2011 jam 8.30 malam di tapak Karnival.

Kepada sesiapa yang ras bosan dan boring dok rumah tak de apa-apa nak buat, eloklah keluar bawa keluarga atau pasangan masing-masing memeriahkan lagi karnival ni dan juga bagi kaki fotografi, memang best ni nak ambik gambar area ni..

No comments:

Post a Comment