Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, February 23, 2011

Rumah Berhantu di Shah Alam

Salam sejahtera kepada semua readers dan juga rakan-rakan bloggers sekalian.Hari ini,saya akan berkongsi sedikit tentang ‘Rumah-rumah di Shah Alam’.Kenapa saya letak pengikat kata ( ‘ ) pada ayat saya?Itulah tajuk yang saya akan share kan kepada anda harini.

Nampak pengikat kata tu pun anda sume dah tau kan kenapa?Ok la senang cerita bagi anda yang tak faham-faham,ok maksud saya disini ialah RUMAH BERHANTU,bukan rumah berhantu yang korang selalu masuk kat funfair tu,tapi ini adalah realiti.

Bukanlah maksud saya nak takutkan korang sume,tapi saya nie pun cuma nak berkongsi dengan korang jer..Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie,nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan?So lebih baik saya share kepada korang daripada saya simpan sorang dan duk diam jer betul tak?Dan saya yakin ramai dikalangan korang nie dah tau antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam,contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup,yang tu memang la,memang dah rumah tinggal pun,takde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :

1.Banglo Kayangan,seksyen 12 Shah Alam

Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.

2.Seksyen 2,Shah Alam

Ok,tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (KLIK DISINI).Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??

3.Seksyen 2,Shah Alam

Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.

4.Seksyen 2,Shah Alam

Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.

Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?Hehe..Kalau nak ikutkan,banyak lagi..Tapi cukup setakat nie jer ok readers??Nanti kang post saya nak share tentang ‘rumah-rumah’ ni jadi thread hantu pulak..Hehe..Korang cuba la search-search sendiri kat web oke..

Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.

Kalau korang nak tengok source saya,baca lah kat sini,maybe korang juga boleh start research korang dari sini KLIK DISINI.

p/s : Ingat-ingat yea sume kalau nak sewa rumah tu,tak kisahla kat Shah Alam ke,kat Sabah ke Sarawak ke..Tau??Ape lagi,share la kat member-member korang :-)

1 comment: