Assalamualaikum, selamat hari raya dan selamat hujung minggu. Aku terpanggil untuk mengulas isu tentang sewa rumah perdana menteri (PM) dan timbalan perdana menteri (TPM) yang mencecah RM18000 sehari. Aku bukanlah pembenci kerajaan BN dan aku pun bukanlah pengampu utama mereka, dan bukan juga menggunakan isu ini sebagai mainan politik, tapi apabila membayangkan jumlah yang amat besar itu, hatiku sedikit terguris. Aku yakin bukan aku sorang saja yang sedih tapi hampir kesemua rakyat yang bertungkus lumus untuk mendapatkan RM1000 sebulan pun akan sedih. Di saat kerajaan menggesa rakyat supaya berjimat cermat, siap keluar surat pekeliling suruh semua kementerian kerajaan menggunakan suhu tidak melebihi 24C dalam pejabat, demi untuk penjimatan, tapi keluar pula fakta sewa rumah PM dan TPM yang mahal ni. Kos sebanyak ini dapat membantu beribu-ribu rakyat miskin di Malaysia ni. Setuju tak? Perincian mana datangnya nilai sewa rumah ni ada di bawah berdasarkan jawapan dari menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri. P/S: Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, dengan kebijaksanaan dan kezuhudan beliau, tiada seorang pun rakyat miskin dalam zaman pemerintahan beliau. Pemimpin seperti inilah yang sangat ditunggu oleh umat Islam dan seluruh makhluk sekelian alam. Bagaimana nak menjadi seperti beliau? Pi bukak buku sejarah…
Kemegahan rumah perdana menteri ini sangat teserlah..
Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.
Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.
“Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu”, kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.
Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.
Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.
Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.
Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.
“Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan,” katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.
Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.
Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.
“Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.
“Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.
“Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.
“Ini satu angka yang memeranjatkan,” katanya.
Sumber: Harakah Daily
No comments:
Post a Comment