Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, September 30, 2011

Siti sengaja ‘sorok kuku’

LAJU...Siti (kiri) tawar hati berlari bersama Norjannah dan Nurul Sarah.
LAJU...Siti (kiri) tawar hati berlari bersama Norjannah dan Nurul Sarah.

“MEMANG benar prestasi semasa saya kurang memuaskan kerana tidak berlari dengan sepenuh hati dan serius selepas memikirkan segala masalah membabitkan KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia).”

Demikian pengakuan pelari kuartet 4x100 meter wanita negara, Siti Zubaidah Adabi yang mengaku dia tidak mempamerkan prestasi sebenar pada Kejohanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini kerana sudah tawar hati untuk berlari bersama-sama dua lagi pelari dalam kuartet itu, Norjannah Hafiszah Jamaluddin serta Nurul Sarah Abdul Kadir.


Kejohanan ATM adalah antara tiga kejohanan yang menjadi alasan Timbalan Presiden KOM, Karim Ibrahim menerusi laporan Arena Metro baru-baru ini untuk menggugurkan Siti Zubaidah, Siti Fatimah Mohammad dan Yee Yi Ling daripada kuartet 4x100m kerana mendakwa ketiga-tiga pelari itu gagal mempamerkan aksi memberangsangkan di tiga kejohanan terbabit.

Namun Siti Zubaidah mendakwa, selain kejohanan ATM, dia, Siti Fatimah dan Yi Ling tidak berlari bersama-sama Norjannah serta Nurul Sarah pada dua lagi kejohanan iaitu Terbuka Negeri Sembilan dan Grand Prix KOM sekali gus mencetuskan persoalan benarkah dakwaan Karim itu.


“Masa itu (Kejohanan ATM) semangat saya dan Siti Fatimah untuk berlari hanya kira-kira 50 peratus saja kerana kami berdua memang sudah tawar hati untuk berlari bersama Norjannah dan Nurul. Malah kami pun tak bercakap dengan mereka berdua.


“Semuanya sebab kami rasa seolah-olah keadilan tidak memihak kepada kami sedangkan individu yang di pihak bersalah, tidak pula dikenakan sebarang tindakan atau menerima tekanan,” katanya.

Apa yang dimaksudkan Siti Zubaidah ialah dia serta Siti Fatimah dan Yi Ling yang mengikut arahan untuk berlatih bersama jurulatih, Tan Kok Lim dan bukan lagi di bawah kendalian Harun Rasheed Othman seperti yang dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) antara KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN), seolah-olah dilayan di pihak bersalah oleh KOM.


Sedangkan katanya, Norjannah dan Nurul Sarah yang ingkar arahan itu dan terus berlatih di bawah Harun, tidak pula dikenakan sebarang tindakan sebaliknya terus dikekalkan dalam kuartet 4x100m.

“Jadi di mana sebenarnya keadilan untuk kami? Saya, Siti Fatimah dan Yi Ling tidak pernah ingkar arahan pihak atasan tetapi kenapa kami diperlakukan seperti ini?,” katanya.


Ditanya adakah dia serta dua lagi rakannya sedia untuk berbaik semula dengan Norjannah serta Nurul Sarah sekali gus berganding semula untuk mewakili negara ke temasya Sukan Sea di Indonesia, November ini, jawab Siti Zubaidah: “Kami hanya akan berlari bersama Norjannah serta Nurul untuk mewakili negara ke Sukan Sea hanya jika mereka berdua mengikut arahan untuk berlatih di bawah Tan Kok Lim. Selain daripada itu, saya fikir tiada lagi jalan penyelesaian untuk kami digabungkan semula.


“Jujur, saya mahu beraksi di Sukan Sea, tetapi andai tiada persefahaman dalam kuartet ini, bagaimana kami dapat mencatatkan keputusan yang baik di sana nanti,” katanya.


Perbalahan dalam skuad pecut negara membabitkan lima pelari itu mula tercetus Mei lalu berikutan skandal lari daripada ujian doping. Bagaimanapun, keputusan ujian kemudian didapati negatif.

No comments:

Post a Comment