Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, September 20, 2011

Gambar Jersi dan Model QPR Tajaan Air Asia dan MAS 2011/2012

Assalamualaikum (antara ciri-ciri bakal ahli syurga ialah orang yang selalu menyebarkan salam). Aku sedikit terkesima juga semalam selepas membaca twitter update dari abang Tony Fernandes dan MAS, yang MAS telah menaja berpuluh juta pound sterling bagi pasukan QPR tahun ini. Untuk makluman, pasukan bola sepak QPR kini ialah milik abang Tony. Tetapi yang paling mengejutkan, tidak sampai beberapa bulan abang Tony memiliki pegangan besar saham MAS, syarikat milik GLC kerajaan ini telah mengeluarkan sejumlah duit yang bukannya sedikit untuk jersi bola sepak di negara orang. MAS pun turut serta dalam pasukan QPR ini? Tiada hujan, tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba boleh terjadi. Aku takut duit rakyat je yang digunakan. MAS kan syarikat GLC kerajaan. Tak kesah la mana-mana pun, sebenarnya aku rasa seronok juga. Mungkin dalam masa 2-3 tahun ni, ada pemain Malaysia yang bermain dengan kelab agak ternama seperti QPR ni kelak. InsyaAllah. Secara tidak langsung dapat memajukan industri bola sepak di Malaysia ni. Al-maklumla, satu benda yang menyatukan rakyat Malaysia ni tidak kira kaum, agama, politik, BN, UMNO, PKR, DAP atau PAS ke ialah sokongan mereka kepada pasukan bola sepak Harimau Malaya. Setuju tak ni? Kat bawah ni merupakan perincian Air Asia dan MAS menaja baju jersi pasukan sukan bola sepak QPR. Gambar model baju jersi QPR baru pun ada kat bawah. P/S: Bermain bola sepak yang dapat menyihatkan badan tu harus, menyokong bola sepak sehingga meninggalkan solat tu haram. Ingat-ingat la dalam berhibur, jangan sampai fanatik pula. Okay?

jersi QPR awek cantik
QPR Pramugari Jersi
Jersi Lotto QPR MAS

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) — Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia akan sama-sama menaja jersi Kelab Bolasepak Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Barclay (BPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.

MAS akan menaja jersi pemain kelab itu bagi perlawanan di tempat sendiri dalam BPL itu, manakala tajaan AirAsia adalah bagi perlawanan QPR di tempat lain dan jersi ‘ketiga’ pula bagi kedua-dua musim BPL yang serupa.

“MAS gembira dapat terlibat dengan peningkatan QPR ke Liga Perdana,” kata Pengarah Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Yusof.

QPR, yang 66 peratus kepentingannya milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, akan memakai jersi baharu bagi permainan di tempat sendiri, yang dihias dengan logo MAS itu buat kali pertama dalam perlawanan menentang Newcastle United di Loftus Road Stadium malam Isnin.

Penajaan itu dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah bolasepak profesional di dunia, yang menyaksikan dua syarikat penerbangan dari negara yang sama, bekerjasama menaja sebuah pasukan bolasepak, demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Penajaan jersi QPR bagi perlawanan di tempat sendiri (oleh MAS), dan penajaan jersi bagi permainan di tempat lain oleh AirAsia itu merupakan yang pertama bagi Liga Perdana. Ia juga bagi meraikan rangka kerja kolaborasi MAS dengan AirAsia baru-baru ini,” kata Mohammed Rashdan.

Beliau berkata penajaan itu yang merupakan inisiatif utama MAS dalam strategi pemasaran jenama baharunya — akan membolehkan syarikat penerbangan nasional itu memperkukuh kedudukan perkhidmatan penuh dan francais premiumnya di peringkat global melalui peminat dan pencinta bolasepak dari selurun Eropah, Amerika, Asia Pasifik dan Australia.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia AirAsia juga berkata penglibatannya dengan sukan akan meningkatkan lagi kedudukan jenamanya memandangkan bolasepak merupakan sukan yang paling ramai penontonnya di seluruh dunia dan BPL pula diminati ramai di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard berkata: “Keupayaan memikat dua syarikat utama Asia untuk melibatkan diri menunjukkan tarikan global yang ada pada QPR sebagai satu jenama.”

Beliau berkata QPR amat positif tentang membina hubungan yang teguh dengan kedua-dua syarikat penerbangan untuk memperluas pendedahannya di Asia Tenggara dan selanjutnya.

“Ini merupakan kerjasama yang membanggakan bagi kelab ini dan membawa lebih banyak berita positif berikutan kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam beberapa minggu sejak pengambilalihan,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama MAS menggembirakan peminat BPL di Asia.

Ia merupakan penyedia rasmi perkhidmatan carter udara bagi Jelajah Asia Manchester United pada 2005 dan 2007. Ia juga penyedia rasmi perkhidmatan carter bagi Jelajah Asia pasukan Chelsea pada 2008 dan tahun ini.

Satu lagi pasukan BPL, Arsenal, juga menaiki penerbangan carter Malaysia Airlines bagi jelajah Asianya tahun ini.

No comments:

Post a Comment