Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, September 20, 2011

Safee Sali Score Gol Dalam Sesi Ujian Cardiff City

Assalamualaikum. Setelah beberapa pergi ke Cardiff City untuk latihan pemilihan menjadi penyerang bola sepak Cardiff City, Safee Sali kini telah menunjukkan belang harimaunya apabila beraksi cemerlang dalam sesi latihan bersama skuad utama Cardiff City. Skill bola sepak Safee Sali ternyata sangat dikagumi oleh jurulatih skuad Cardiff City. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Safee Sali kerana tidak buat malu kepada Malaysia hehe. Berikut merupakan komen yang terdapat dalam artikel Wales Online:

Joeande: “Skill-wise he should be good enough for a Championship club which plays passing football as he’s as tall as Michael Owen, and even slightly taller than Jermain Defoe or David Silva. He can shoot with both feet and is clinical in front of the goal (scored 2 against Liverpool in a friendly despite playing for less than 20 minutes and just recovering from injury). He can also head a bit and has got some pace. However, his trademark goals are his bicycle kicks. He scores them for fun, if the right ball gets to him! Off the ball, he gets into good positions and he also creates chances for team-mates. The problem with Asian players is usually about confidence. So if he’s his cool, calm self during the trials then it should be Crosoe y Caerdydd to him. All the best to Safee and the Bluebirds. Personally, I think he’s even good enough for the premiership or a Bundesliga team and that said, I dont think he’s over-rated.”

Ada banyak lagi komen yang korang boleh baca sendiri dari Wales Online: http://www.walesonline.co.uk/footballnation/football-news/2011/09/14/cardiff-city-hand-malaysia-s-david-beckham-his-big-chance-91466-29416739/. Kebanyakkan komen peminat Cardiff City memang panjang-panjang belaka. Selamat membaca. P/S: Rezeki, jodoh dan maut itu ketentuan Allah. Kalau dah ada rezeki Safee Sali beraksi di pentas bola sepak profesional di UK, syabas diucapkan. Kalau Safee Sali tak berjaya pun, tampak gayanya memang Safee Sali dah cuba sedaya upaya, aku tetap akan ucap syabas juga. Cuma bila dah berjaya, diharap Safee Sali tidak melupakan asal usul diri, terutamanya jangan lupa untuk solat.

Safee Sali Cardiff City News UK
Berita sensasi Safee Sali dalam surat khabar di UK. Sesi ujian Safee Sali ke Cardiff City mendapat liputan meluas di Britain yang menyiarkan berita mengenainya pada halaman utama ruangan sukan dengan menyifatkan penyerang kebangsaan itu sebagai ‘David Beckham Malaysia.’

gambar safee sali cardiff city

KUALA LUMPUR – Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.

Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.

“Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.

“Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.

“Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.

“Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.

“Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain,” katanya.

Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.

Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai ‘David Beckham Malaysia’, Zakaria berkata: “Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.

“Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City,” katanya.

No comments:

Post a Comment