Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, June 14, 2012

Jason Mraz adakan konsert kedua di Malaysia 19 Jun ini



Penyanyi yang terkenal dengan lagu "I'm Yours", Jason Mraz bakal mengadakan konsert jelajah buat kali kedua di Malaysia pada 19 Jun 2012.

Konsert Tour Is A Four Letter Word kali ini bertujuan untuk mempromosi album terbarunya, "Love Is A Four Letter Word" dan peminat bakal menyaksikan Mraz bergandingan dengan kumpulan muziknya sendiri.

Kali pertama penyanyi berusia 34 tahun ini mengadakan konsert di Malaysia adalah pada tahun 2009.

Lapan peminat bertuah yang membeli tiket ke-200, 400, 600, 800, 1000, 1200, 1400 dan 1600 berpeluang memenangi satu pas belakang pentas dan bertemu Mraz.

Bakal diadakan di Stadium Merdeka pada jam 8.30 malam, peminat boleh mendapatkan tiket jenis Arena yang mempunyai tempat duduk bernombor dijual dengan harga RM95, RM185, RM298 dan RM345, manakala tempat duduk bebas pada harga RM75 dan RM235.


Tiket dijual secara talian di laman sesawang AirAsiaRedTix atau dapatkannya di cawangan Rock Corner, Victoria Music Centre dan juga KL Live Centre.

Dapatkan album cakera padat deluxe "Love Is A Four Letter Word" yang mengandungi 18 buah lagu termasuk empat lagu yang dipersembahkan secara 'live' serta video "I Won't Give Up". Album ini sudah mula dijual sejak 17 April lalu

Konsert jelajah Jason Mraz ini dibawakan oleh Scenique Concerts & Events Sdn. Bhd. dan Live Limited dengan kerjasama Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.


No comments:

Post a Comment