Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, June 17, 2012

Nazmi Tumbuk Pemain Qatar mohon maaf


Pemain termahal negara iaitu Nazmi Faiz Mansor yang menumbuk pemain Qatar pada perlawanan persahabatan petang tadi memohon maaf secara terbuka. Pada perlawanan persahabatan antara Malaysia U22 dan Qatar U22 itu insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Nazmi yang meluru dari arah belakang menumbuk Abdelkarim menyebabkan pegadil perlawanan melayangkan kad merah kepada beliau. Nazmi yang berusia 18 tahun itu mengakui hilang kesilapan beliau kerana tidak berjaya mengawal emosi pada perlawanan tersebut.

"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.

Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.

KENYATAAN ONG KIM SWEE :

“Dia masih muda. Perasaan marah itu memang biasa dalam usia sebegini. Saya nasihatkan agar dia mengawal emosinya dan bertindak lebih matang di masa akan datang,” jelasnya.

Keputusan Penuh Malaysia vs Qatar

Malaysia 2-0 Qatar

 ********************

Apapun gua harap Nazmi akan meneruskan perjuangannya untuk masa hadapan.., pedulikan apa kata orang terhadap dia. Isu gosip yang wartawan kecohkan di paper juga gua rasa tak perlu untuk mengganggu konsentrasi beliau..

No comments:

Post a Comment