Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, July 14, 2012

Berbanding Jepun, Justin Bieber Pilih Malaysia


Berbanding Jepun, Justin Bieber Pilih Malaysia
KUALA LUMPUR : Sungguhpun sebelum ini Justin Bieber ada membuat persembahan di Jepun, namun penyanyi yang kini popular menerusi lagu Boyfriend memilih Malaysia sebagai lokasi untuk berjumpa rakan media dari seluruh Asia Tenggara.
Berita ini telah disahkan pihak Universal Music Malaysia yang akan menguruskan sesi temu bual eksklusif wartawan dari Asia Tenggara di Hotel Traders, Kuala Lumpur pada 14 Julai jam 11 pagi.
Dalam pada itu, Justin yang telah pun tiba di Kuala Lumpur jam 9.30 malam kelmarin difahamkan tidak datang bersama pihak pengurusan saja.
Kekasihnya yang popular menerusi lagu Love You Like A Love Song, Selena Gomez turut sama hadir menemani Justin.
Ia telah dibuktikan apabila tersebarnya foto Justin berpimpin tangan bersama Selena di sebuah pusat beli-belah sekitar ibu kota.
Menerusi laman twitter yang menyebarkan gambar berkenaan, Justin dan Selena telah hadir ke Wangsa Walk, petang semalam dengan ditemani pihak pengurusannya.
Difahamkan, Justin sengaja mengambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota memandangkan dia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pada hari semalam.
Selepas sesi temuramah, Justin akan mengadakan persembahan pembukaan di MTV World Stage 2012 yang berlangsung di Surf Beach @ Sunway Lagoon yang turut menampilkan Jay Park, Mizz Nina dan Kara. – Murai

No comments:

Post a Comment