Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, July 6, 2012

Saya Tak Suntik Muka – Adira



Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia kulit muka Adira yang semakin hari semakin cantik dan berseri-seri. Walaupun orang Sabah adalah sinonim dengan kulit cantik, namun pada mulanya kulit Adira tidaklah secantik yang sekarang ini. Dulu ada berita mengatakan Adira mengambil suntikan vitamin C. Tetapi kini Adira telah menafikannya. Di radio Era FM minggu lepas juga, apabila Shac [DJ ERA] bertanyakan tips penjagaan kulit cantik, Adira hanya memberitahu cuci muka dan banyak minum air. Adira telah menafikannya.



Ada desas-desus yang menyatakan Adira menyuntik mukanya dengan vitamin C namun hari ini menerusi Portal Murai, Adira menafikan perkara tersebut. Kata Adira:-
Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya dengar orang cakap saya membuat suntikan pada wajah untuk kelihatan cantik. Namun semuanya tidak benar, kerana kulit saya sekarang adalah kulit asli saya dan tidak melakukan apa-apa bahan yang drastik, selain hanya menjaga pemakanan dan penjagaan kulit yang betul. Saya mengamalkan makan makanan tambahan untuk penjagaan kulit dan kesihatan diri saya.
Adira berkata yang sebenarnya kulitnya lebih cerah ketika tinggal di Sabah dahulu. Menurut Adira, cuaca di Semenanjung Malaysia adalah lebih panas berbanding di Sabah dan ini menyebabkan kecerahan kulitnya berubah.


No comments:

Post a Comment