Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, July 12, 2012

Pulau Redang, Terengganu

Hi!
Kali ni kita ke Pulau Redang, Terengganu.
Untuk ke sana, terdapat 3 alternatif:
  • Bas – Naik di Hentian Pekeliling ke Terminal Bus, Kuala Terengganu. Naik jadual malam. Tranasional dan Mara Liner terbaik buat masa ini.
  • Flight – LCCT/KLIA ke Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu.
  • Kereta – Lokasi anda ke Jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu.



Jeti Shah Bandar
Kali ni kami berbackpack menaikki kereta. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam. Gerak dari KL pukul 2.30 pagi dan sampai di Jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu pukul 7.00 pagi. Untuk ke Jeti, tidak susah, kerana terdapat banyak signboard disepanjang jalan. Landmark adalah Pusat Pentadbiran dan Pasar Payang.
Kalau naik flight atau bas, pihak resort akan fetch di terminal bus dan airport.

Bawa print out tempahan untuk mendapatkan pass naik feri/boat.
Kat Jeti Shah Bandar ada parking disediakan. InsyaAllah selamat. Parking  4 hari, RM30. Murah dan alhamdulillah, keselamatan terjamin! Boat gerak ke Pulau 9.30 pagi (leh la lepak dulu makan nasik dagang kat Pasar Payang – sebelah jeti je) dan mengambil masa 1 jam 40 minit. Jauh. Silalah makan pil tahan muntah. Tambang boat/feri dah join sekali dalam harga penginapan. Boat/feri adalah kepunyaan resort. So, tak perlu berebut dan sangat selesa.

Jeti Pulau Redang
Sepanjang berada didalam feri, dapatlah melihat permandangan Kuala Terengganu dan pulau-pulau kecil. Super cantik ok!
Lokasi peranginan kali ini adalah Laguna Resort, Redang. Kalau nak jimat, silalah ambil package. Kami pergi 4 hari 3 malam. Kalau nak jimat, ambil package 3D2N dan add 1 malam. Complete breakfast, lunch and dinner.

Laguna Resort - Garden View
Makanan yang disediakan berbentuk buffet. Menu bertukar setiap hari. Pilihan sangat banyak dan sedap. So, pasal makan… tak perlu risau! Seafood memang sangat fresh.

Resort yang bersih. Jaga-jaga.. ada monyet~

Bilik - 1 Queen bed & 2 Single bed.
Di Laguna Resort, service dorang terbaik. Jadual snorkeling, lokasi dan timing semua dorang susun dengan baik. Untuk snorkeling, sehari ada 3 sesi. Boleh pilih waktu mana anda nak pegi, atau boleh pegi tiap-tiap sesi. Tempat snorkeling ditukar setiap sesi. Jangan lepaskan peluang snorkeling di Taman Marin Pulau Redang. Banyak ikan dan terumbu karang cantik.

Ikan dan terumbu sangat banyak. Boleh minta pihak resort tangkap gambar. RM5 sekeping.

Swimming pool. Buka dari pagi sampai petang.
Jika tak tau berenang, atau baru ingin mencuba, jangan risau, pihak resort sentiasa menyediakan Life Guard. Mereka ni, sentiasa berenang dalam air, menjaga pengunjung. Selain daripada aktitivi snorkeling, boleh la lepak-letak dan mandi manda dipantai yang sangat jernih atau di swimming pool. Jangan lupa membeli cerderahati dikedai MO-MO Tea yang terkenal. Sammi Cheung berlakon kat situ.

Bila malam boleh lepak sini tengok live band sambil hirup angin laut..

Rehat-rehat depan laut..

Kedai cenderamata - Mo Mo Tea

Tea time waktu petang..
Aktiviti malam sangat happening. Ada live band, ada snuker, dart atau just jalan-jalan sepanjang pantai. Ada cafe untuk pekerja, dimana kita pun leh lepak pekena teh tarik. Harga murah berbanding lepak di cafe kepunyaan resort.
Untuk maklumat lanjut tentang Laguna resort, sila layari:
www.redangresorts.com
Terdapat juga resort-resort lain yang menawarkan harga yang lebih murah. Laguna resort agak mahal, tapi servis mereka so far, sangat memuaskan!
Info/Tips:
  • Hampir semua Resort di pulau-pualau pantai timur tutup kepada pengunjung pada bulan October hingga Mac kerana Musim Monsun (tengkujuh)
  • Untuk rate yang murah, silalah berbackpack bukan waktu cuti sekolah atau perayaan. Orang kurang ramai, lebih aman.
  • Harga makanan adalah mahal. Sediakan sedikit bekalan dari tanah besar.
  • Cara pack pakaian: isi semua pakaian kedalam plastic sebelum sumbat dalam bagpack. Takut basah ketika process transfer dalam boat.
  • Bawa duit yang mencukupi. Tiada ATM mesin di pulau.
  • Jangan lupa pakai losyen pelindung matahari dan pakai baju yang sesuai. Tshirt lebih baik.
  • Jangan lupa singgah di Pasar Payang sebelum meneruskan perjalanan pulang. Keropok lekor, kerepok kering dan hasil makanan laut boleh didapati dengan harga yang murah. Kualiti terbaik!
Selamat berbackpack!

KREDIT & SUMBER DARI :  http://backpackers.my
Thanks Backpackers.My

No comments:

Post a Comment