Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, December 22, 2010

Final Piala AFF Suzuki : Malaysia vs Indonesia

Hari Ahad ini (final first leg 26/12 di Bukit Jalil) dan hari Rabu minggu depan (final second leg 29/12 di Gelora Bung Karno) merupakan tarikh yang amat penting buat skuad bola sepak negara. Ia merupakan ‘moment’ penentu sejauh mana kemampuan pemain-pemain muda Malaysia dalam menggalas beban yang berat untuk mengembalikan semula imej bola sepak negara yang mendapat kecaman hebat akibat aksi yang hambar dalam pelbagai tournament yang dianjurkan sebelumnya. Kejayaan skuad kebangsaan dengan merangkul emas pada Sukan SEA 2009, kemenangan mengejut 1-0 keatas Korea Selatan pada perlawanan persahabatan 2010 dan kejayaan memasuki final Piala AFF bertemu Indonesia sebagai musuh tradisi setelah membenam Vietnam dengan agregat 2-0 telah membuktikan skuad bola sepak negara boleh melangkah dan akan tetap terus melangkah untuk kembali menjadi salah satu gergasi Asia.

Dalam kerancakan kedua-dua pasukan melakukan persiapan taktikal dan mental untuk memenangi perlawanan ini, media-media di Indonesia tak sudah-sudah menyiarkan berita tentang piala AFF ini. Yang aneh teramat sangat setiap kali bukak televisyen, setiap kali itu jugaklah berita tentang piala AFF disiarkan. Nampaknya media Indonesia telah bersepakat bahwa perlawanan final menentang Malaysia merupakan suatu peristiwa yang paling penting untuk masa depan bola sepak dan hubungan serumpun kedua-dua negara. Media Indonesia juga ada mengeluarkan isyarat hati-hati terhadap pasukan Malaysia yang tidak boleh dipandang enteng biarpun pada perlawanan pertama mereka membenam Malaysia dengan skor 5-1 di Gelora (Gelanggang Olahraga) Bung Karno. Yang mengejutkan juga, media-media Indonesia melabel Safee Sali sebagai ‘The New Mokhtar Dahari’ setelah aksi mantap beliau di peringkat kumpulan dan semi-final menentang Vietnam. (Rilek bro..keep it cool)

Kami sebagai rakyat Malaysia khususnya saya sebagai penulis berharap pertemuan kedua-dua negara serumpun ini di samping sebagai penentu siapa berhak untuk trofi AFF, juga dapat menjadi pengerat hubungan kedua negara yang pernah beberapa kali dilanda kontroversi. Bak kata orang Indonesia, ‘menjunjung tinggi sportifitas dan profesionalisme’ sangat penting dalam menamatkan perlawanan ini dengan jayanya.

Kami rakyat Malaysia berharap skuad bola sepak kebangsaan dapat membawa pulang piala AFF ke Kuala Lumpur dengan jayanya dan dengan ini menamatkan tahun 2010 sebagai tahun yang cemerlang buat skuad bola sepak negara.

“ MALAYSIA BOLEH!”

No comments:

Post a Comment