Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, January 17, 2012

Jus Sihat Ice Blended Susu Kambing HiGoat


DIY Jus Sihat Ice Blended Susu Kambing HiGoat

Ramai yang suka minum 'ice blended' terutamanya ketika musim panas ni. Jadi, apa lagi, idea yang kreatif pun datanglah secara tiba-tiba nak mencuba dan terus pergi ke kedai untuk membeli dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Kos bahan-bahan ini pun taklah mahal sangat dan boleh dibuat dan diminum berkali-kali bersama keluarga. Kalau nak lepak kat kedai 'StuckBucks' pun dah berapa ringgit "bucks" kita habis nanti untuk dapatkan hanya segelas 'ice blended mocha'.

Maka inilah dia bahan-bahan yang diperlukan:

"Mudah dan Murah, Ringkas dan Sedap"

Bahan A

1 peket (sachet) Susu Kambing HiGoat
1 cawan kiub air batu
1 sudu serbuk puding sebarang perisa (cari yang halal ya, saya suka perisa cokelat)
1 sudu whipped topping (cari yang halal ya, kalau boleh palm-based trans-free - non dairy)

Bahan B

1 sudu biskut 'Digestive' yang telah dihancurkan menjadi serbuk

Cara-cara menyediakannya:

Blend sampai sekata Bahan A. Tuang ke dalam gelas Bahan A yang telah di'blend' tadi dan taburkan serbuk biskut 'Digestive' diatasnya. Kalau nak tambah 'whipped topping' lagi diatasnya, ikut suka tekak andalah. Dah, jadi dah 'ice blended' buatan tanganku sendiri yang sangat sedap diberi nama "Jus Sihat Ice Blended Susu Kambing HiGoat".

Oh My Goat! Yummylicious!!!

Nak buat segelas je ke.? Gerenti tak cukup!, jadi buatlah lebih sikit, anak-anak pun nak juga merasa. Selamat mencuba.


Amaran!: Jangan benarkan anak anda membuat 'ice blended' ini bersendirian dan menjemput rakan-rakannya datang ke rumah ketika anda tiada di rumah kerana anda akan dapati yang stok susu kambing HiGoat anda akan habis sekejap sahaja dan tak sempat anda nak buat jualan.

No comments:

Post a Comment