Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, January 27, 2012

Khasiat Buah Tamar Untuk Ibu Mengandung

Khasiat Buah Kurma
Di dalam Quran terdapat satu kisah yang berhubung kait dengan pemakanan buah tamar semasa mengandung iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 hingga 26.Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa.Allah menjelaskan, “Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma.
Dia berkata, ‘Aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan.’ Maka Jibrail menyeru dari tempat yang rendah dengan berkata, ‘Janganlah kamu bersedih hati,sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu.Dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.Maka makan,minum dan bersenang hatilah kamu.’
Secara dasarnya,buah kurma sememangnya berkhasiat untuk ibu mengandung.Ia kaya dengan vitamin B6,asid folik,kalium,zat besi dan magnesium.Magnesium susah untuk diperoleh dalam bentuk semula jadi sedangkan ia penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah(blood circulation).Justeru pengambilan buah tamar yang kaya dengan pelbagai khasiat termasuk magnesium semula jadi bermanfaat untuk ibu-ibu mengandung.
Kajian sains menunjukkan,semasa sedang dalam proses melahirkan anak (labour),kadar gula dalam darah akan menurun dan keadaan ini mendatangkan kelesuan kepada si ibu.Pada masa itu si ibu memerlukan,antaranya karbohidrat bagi mengembalikan tenaga di samping kalium (potasium).Mengikut ensiklopedia kesihatan di health.yahoo.com di bawah tajuk Potassium Content Of Fruits,Vegetables,And Other Foods oleh Sydney Youngerman-Cole (RN,BSN,RNC),kalium ialah zat logam di samping memantapkan fungsi saraf serta otot.
Krispin Sullivan (CN),seorang pakar dalam bidang pemakanan Klinikal (Clinical Nutritionist),memperincikan hal ini di dalam artikel beliau yang bertajuk Great Pains: Tips for Having an Easy Childbirth.Beliau berkata ,semasa sedang melahirkan anak tenaga si ibu dapat dipulihkan dengan memberi buah-buahan,jus,sayur-sayuran ataupun yang seumpamanya,yang kaya dengan kalium,magnesium,natrium(sodium) dan sulfur.Bahan-bahan ini akan memudahkan proses kelahiran.

Seperti yang disebutkan sebelum ini,mengikut yang dilaporkan di laman web Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu di www.fao.org buah tamar memang kaya denagn karbohidrat.Karbohidratnya wujud dalam bentuk glukosa dan fruktosa yang menyerap masuk ke dalam sistem darah dengan segera.
Tambahan daripada itu,ia juga kaya dengan kalium dan magnesium di samping mengandungi natrium (sodium) dan sulfur dengan kadar yang sederhana.Justeru,buah tamar sesuai untuk ibu-ibu mengandung sekali gus menampakkan peintah Allah supaya Maryam memakan buah tamar semasa hampir melahirkan Nabi Isa sememangnya saintifik berdasarkan penemuan semasa.
Di petik dari buku : Quran Saintifik (Dr.Danial Zainal Abidin)

No comments:

Post a Comment