Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

TRUFFLE KURMA BERSALUT PISTACHIO (DENGAN SUSU HiGOAT)


Ingredients

Bahan-bahan (utk ~30 biji):
1 peket susu Hi-Goat (di bancuh dengan 100 ml air suam sahaja)
60 gm kurma lembut
200 gm Dark Chocolate couverture (70% cocoa content)
Pistachio yang telah dipanggang dan dicincang untuk menyalut ganache
Directions


1) Panaskan susu Hi-goat dan kurma lembut yang hanya dilenyek secara double boil.

2) Kemudian curahkan campuran yang panas tadi ke dalam bekas yang 
berisi coklat couverture hitam yang sejuk. Biarkan coklat terrendam sebentar,
kemudian gaul hingga sebati.

3) Letakkan ganache yang dibuat itu ke dalam bekas dan sejukkan ~2 jam 
atau lebih di dalam peti sejuk sehingga firm supaya mudah diroll.

4) Scoop ganache yang telah firm dengan mengunakan melon scoop 
(kalau tak ada guna saja sudu teh) pada anggaran saiz ~10-12 gm each, 
roll dan kemudian salutkan dengan pistachio cincang. 
Teknik salutan mudah ini sesuai jika coklat ini dibuat untuk makan sendiri dan 
akan dimakan secepat mungkin (tahan ~2 minggu jika disimpan dalam peti sejuk 
dan jika difreezekan boleh tahan lebih dari sebulan). 
Walaubagaimana pun jika anda hendak memberi coklat ini sebagai hadiah 
anda perlu menyalut (enrobe) ganache tersebut dengan coklat 
(samada coklat compound atau couverture) dahulu sebelum disalut dengan pistachio cincang.

Thursday, January 13, 2011

Mee Rebus Terengganu | Tertunailah Hasrat Di Hati

Akhirnya, tertunailah juga hasrat di hati ketika pulang ke Kampung 2 Minggu Lepas. Saya minta mak masakkan makanan kegemaran saya sejak kecil lagi, tak lain tak bukan :


Mee Rebus Terengganu
Masakan Mak Memang terbaik

Nampak macam Mee Sup kan? tapi lain skit, secret Ingredientnya adalah lada hitam, memang inilah favourite saya dari kecil lagi. Kat KL ni susah nak dapat, nasib baiklah sekarang ni Isteripun dah pandai masakkan, memang sedap....

Lagi Syok Bila Pekena Sekali Dengan Keropok Lekor dan Kuih Muih Yang Lain

Mee Rebus Terengganu makanan kegemaran saya
Rasanya lazat dan menggiurkan saja
Tertunailah hasrat di hati sudah semestinya
Minggu ini Isteri masakkan sedap juga, lain kali saya updatekan ya?

P/s : Apa pula makanan kegemaran anda pula?

Resepi Mee Rebus Terengganu

Mee Rebus Terengganu memang kegemaranku. Syukur, Isteri sudah belajar dan ambilResepi Mee Rebus Terengganu dari ibuku
Nyam,nyam sedap dan menggiurkan
Satu periuk satu keluarga habis dimakan bersama Mak Mertua dan Bapa Mertua
Look Delicious, Taste Delicious Sudah semestinya
Mahukan resepi? Oklah, ini yang ibu saya kasi.

Inilah Resepi Mee Rebus Terengganu/Resepi dari Ibu Eyriqazz

Ingredient : Lada Hitam ditumbuk halus, beberapa ulas bawang putih dicincang halus, Sayur-sayuran, mee kuning, ayam@udang atau apa yang berkenan di hati, dan garam

Cara-Caranya :
1)Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih. Bila dah naik bau, letakkan air 5 cawan.
2)masukkan Ayam, Sayur-sayuran dan apa saja yang terlintas di hati yang boleh dimakan.
3) Bila mendidih masukkan lada hitam yang telah ditumbuk (ikut kepedasaan, 2 sudu/3 suduker) dan sedikit garam
4) Masukkan mee kuning dan tunggu sehingga masak (korang sure lagi arif kan time masaknya)

Otherwise, bolehla mencuba dari Resepi ini dari Jurnal Resepi Bdaria

P/s : Nak kaw lagi, tambahkan lada hitam yang ditumbuk itu or tambah lada sulah + cili padi or cili.Selamat Mencuba. Kalau tak menjadi, sila telefon Elissmie or Isteri, saya terror makan saja. Hik3..

***Amcam, tergoda tak nafsu makan anda?

Friday, October 15, 2010

Ikan Siakap Cherita


Ikan Siakap Cherita merupakan menu utama di Restoran Cherita Kota Bharu

INGREDIENTS

BAHAN:

  • Seekor ikan siap bersaiz sederhana
  • Tiga ulas bawang putih
  • Tiga batang serai
  • Satu labu bawang besar
  • 10 biji cili padi (dipotong)
  • Satu biji cili merah (dipotong)
  • Lima helai daun limau purut (dihiris halus)
  • Satu cawan air
  • Dua sudu sos cili
  • Dua sudu sos tiram
  • Satu sudu cili boh
  • Garam dan gula secukup rasa

[Measurement Equivalents]

METHOD

CARA MEMASAK:
1. Ikan digoreng garing.

2. Untuk kuahnya, tumis bawang putih.

3. Masukkan cili padi, cili merah, serai, bawang dan limau purut, diikuti air, sos cili, sos tiram, cili boh, garam dan gula secukup rasa.

4. Masak hingga mendidih dan apabila kuah kelihatan pekat, siramkan ke atas ikan.

Thursday, August 12, 2010

Sotong masak Sos.

Yang ini memang senang dan cepat dimasak. Kalau ada tetamu terkejut-tergempaq datang, ada stok sotong, masak je dengan sos macam ni. Cepat dan sedap.
Bahan-bahan: (Hidangan untuk 5 orang)

10 ekor sotong saiz sederhana besar( dipotong gelang kecil)
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, tumis seketika. Masukkan sos cili, sos tomato dan sotong. Kacau rata dan tutup periuk.
3. Biarkan sotong mendidih lebih kurang 3 minit. Buka tutup periuk dan masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga kuah agak pekat sedikit dan tutup api. Sedia dihidang bersama nasi.
* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Udang masak kicap


Bahan-bahan:(hidangan untuk 3-5 orang)

500 gm udang harimau
1 labu bawang besar Holland dihiris membujur
1 biji cili merah dihiris serong
3 biji cili padi diketuk
2 urat daun bawang dipotong 1 inci
1/2 biji tomato dipotong 3
5 sudu besar kicap manis

Cara-cara:

1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, cili merah, cili padi hingga layu.
3. Masukkan udang, kicap, tomato dan 1/2 cawan air.
4. Kacau rata. Biar 3 minit hingga udang masak. Taburkan daun bawang dan sedia dihidang.

** jika suka kuah banyak, tambahkan kicap, air dan sedikit garam.
* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Mee Goreng Mamak


Bahan-bahan: (hidangan 5 pinggan)

1 bungkus mee kuning- dicelur dengan air panas seketika,toskan)
2 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
5 ekor udang harimau (kalau kat kedai tak ada udang)
1 biji telur
1 keping tauhu lembut dihancurkan
segenggam taugeh
2 tangkai sawi dipotong 1 inci

1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili kisar
sedikit kicap manis dan kicap masin ikut rasa
limau kasturi untuk diperah airnya di atas mee

bawang goreng untuk ditabur
*** jangan letak garam ketika menggoreng mee kerana mee dah masin dan kicap juga dah masin


Cara-cara:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. (Gunakan api besar untuk hasil yang memuaskan) Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan 1/4 cawan air. Masukkan sawi, kicap dan udang. Goreng seketika.
3.Masukkan tauhu yang dihancurkan, telur dan taugeh. Masukkan mee dan kacau cepat-cepat.
4. Tambah kicap manis jika perlu. Kacau rata dan tutup api. Hidang bersama bawang goreng dan limau kasturi.
* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Baby-Kailan' Goreng Belacan

Tak sempat nak cerita panjang sebab hari ni Maryam meragam sikit.. nak tumbuh gigi baru lagi. Jadi anak kangaroo dari pagi lagi.. Malam tadi pun tidur tak lena. Diringkaskan cerita, kalau hidangan sayur, insyaAllah sihat dan berkhasiat.



Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)

1 peket 'baby-kailan'

1 sudu teh udang geragau

sedikit belacan (sebesar hujung jari kelingking) ditumbuk bersama 2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih

minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Ceraikan sayur kailan dari batangnya. Rendam seketika dalam air untuk menghilangkan kotoran.

2. Potong sayur 1 1/2 inci panjang. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang dan belacan hingga wangi.

3. Masukkan udang dan sayur. Masukkan 1/4 cawan air. Tutup kuali 1 minit. Buka tudung dan kacau goreng sayur hingga layu sedikit. Masukkan sedikit garam dan gaul rata. Tutup api dan sedia dihidang.

*** sayur 'baby-kailan' hanya perlu digoreng sekejap sahaja bagi mengekalkan kerangupannya.

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Mee Goreng Basah

Kat luar gelap gelita, walaupun baru pukul 4.50 petang. Angin kuat tapi hujan sikit-sikit je.. Pekena mee goreng basah sedap juga waktu macam ni.


Bahan-bahan: (hidangan 5 pinggan)

1 bungkus mee kuning- celur dalam air mendidih 3 minit dan toskan

2 ulas bawang putih ditumbuk kasar

2 ulas bawang merah ditumbuk halus

2 sudu besar cili kisar

1 sudu teh sos tiram

segenggam taugeh

3 tangkai sawi- asingkan daun dan batang- batangnya dipotong 1 inci panjang dan ketuk dengan pemegang pisau dan daunnya dipotong 1 inci panjang juga

kicap manis secukupnya- anggaran 3-5 sudu besar

5 ekor udang harimau

sotong, daging dihiris kecil -ikut suka (tak ada pun tak apa)

1 biji telur

1 cawan air rebusan kulit udang atau ayam (baki buat kerabu ayam hari tu...)

minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi. .. lebih kurang 1minit je. Api sederhana besar.

2. Masukkan cili kisar. Tumis seketika. Masukkan batang sawi. Kacau. Masukkan udang, sos tiram, kicap dan daun sawi. Kacau goreng 1 minit.

3. Masukkan air rebusan. Didihkan. Masukkan mee, taugeh dan telur. Kacau rata 1/2 minit. Tambah kicap kalau belum cukup hitamnya. Tutup api dan hidang segera dengan taburan bawang goreng, daun sup dan cili merah.
***rasa enak mee goreng basah terhasil daripada rasa bawang putih, manis udang, manis air batang sawi dan kepedasan cili kisar. Jangan sesekali memasukkan garam ke dalam mee kerana mee kuning sudah cukup masin.

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Udang Goreng Tepung

Ada banyak versi lauk-pauk yang digoreng tepung ni... Sebenarnya senang je nak dibuat di rumah dan kosnya amat murah. Tak taulah kenapa harganya di kedai mahal sangat dan agak tidak berbaloi.

Baik udang mahupun sotong, dijadikan lauk sampingan memang menyelerakan. Kena pulak dengan rasa sos pencicah yang masam, pedas dan manis. 10 ekor pun tak cukup dibuatnya.


Bahan-bahan:

10 ekor udang harimau- dibuang kepala dan kulitnya. Tinggalkan ekor agar nampak cantik. Kepala dan kulit direbus dan simpan air rebusan untuk digunakan kemudian.

1 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

1 sudu besar tepung goreng pisang Adabi

3-5 sudu besar air

Cara-membuatnya:

1. Gaulkan udang dengan sedikit garam dan kunyit. Bancuh tepung dengan air hingga sebati. Bancuhan agak pekat.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan udang ke dalam tepung satu persatu dan goreng di dalam minyak hingga keperangan. Angkat, toskan dan segera hidang panas-panas bersama sos pencicah. (boleh beli siap dalam botol)

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan: (hidangan untuk 3-5 orang)

1 cawan isi ayam yang dipotong kecil (ambil bahagian dada) digaul dengan garam dan kunyit

1/2 labu bawang besar holland-dihiris membujur

2 ulas bawang putih diketuk

3 biji cili padi diketuk

1 biji cili merah dihiris serong

2 urat kacang panjang dipotong 1 inci/ 4 urat kacang buncis dipotong serong (pilih salah satu)

100 gm bunga kobis dipotong kecil

3 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan isi ayam dan goreng hingga berbau wangi dan ayam keperangan di luar.

2. Masukkan bawang besar, cili padi dan cili merah. Tumis hingga wangi dan bawang besar layu. Tambah 1/2 cawan air.

3. Masukkan bawang putih dan kacang panjang. Tutup kuali dan biar mendidih dan kacang lembut. Selepas 2-3 minit, buka tudung kuali dan masukkan bunga kobis. Masukkan sedikit garam dan kacau 1 minit. Tutup api dan sedia dihidang.

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Khasiat Brokoli

Selain sedap dimakan brokoli mempunyai pelbagai khasiat yang amat baik untuk tubuh badan kita. Brokoli dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Brassica oleracea italica dan berasal dari keluarga kobis Brassica. Ia dapat menjauhkan penyakit barah. Ia adalah di antara jenis makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia berfungsi melindungi tubuh badan daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular, dan masalah kedutan.

Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat. Brokoli juga mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.
Diringkaskan cerita, selalulah memasukkan sayur brokoli dalam hidangan kita agar khasiat tersebut dapat kita nikmati bersama.

Sayur campur Brokoli -(hidangan untuk 3 0rang)

1/2 kuntum brokoli

100 gm kobis panjang dihiris kecil

100 gm karot dipotong ikut suka

1 biji cili merah dihiris nipis serong

2 ulas bawang merah dihiris halus

2 ulas bawang putih dihiris halus

5 ekor udang putih atau udang harimau ikut citarasa

Minyak, garam secukupnya

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis Bawang merah dan putih hingga layu. Masukkan udang. Goreng seketika.

2. Masukkan 1/4 cawan air. Masukkan karot dan brokoli. Tutup periuk dan biar mendidih 2 minit. buka tudung periuk, masukkan cili merah dan kobis.

3. Masukkan garam dan kacau 1/2 minit hingga kobis layu sedikit. Tutup api dan sedia dihidang.

** brokoli sedap juga dikukus bersama jagung muda(manis) dan karot. Setelah empuk, angkat dan sapukan margerin.

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Nasi Goreng Ikan Masin

Aromanya memang menusuk hidung ketika digoreng....Lepas menggoreng pulak habis satu rumah kena sembur pewangi.. kalau tidak berduyun-duyun le lalat datang menjengah, nak tumpang jamu selera juga.

Itu istimewanya nasi goreng ikan masin.. kalau tak tahan dengan baunya.. tak payahle susah-susah masak..

Bahan-bahan: (hidangan 3 pinggan)

2 cawan nasi putih sejuk
1/2 cawan isi ayam dipotong dadu
2 potong ikan masin tenggiri
2 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
3 tangkai cili padi diketuk (tambah kalau suka pedas)
1 tangkai cili merah dihiris serong
1 tangkai kailan dipotong 1 sm panjang (Batangnya dihiris nipis)
sedikit lobak merah dihiris halus
2 biji telur
sedikit garam jika perlu, serbuk lada putih secukupnya dan minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng ikan masin hingga separa garing. Angkat dan hancurkan. Ketepikan dulu.
2. Dalam kuali yang sama goreng isi ayam hingga kekuningan dan wangi. Masukkan bawang, cili padi dan cili merah. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan 1/4 cawan air rebusan ayam/ kulit udang. Masukkan kailan dan karot. Kacau seketika. Masukkan telur. Kacau sedikit dan terus masukkan nasi.
4. Gaul hingga sekata. Masukkan ikan masin yang telah dihancurkan tadi. Gaul dan rasa. Tambahkan serbuk lada dan garam jika perlu.
5. Kacau nasi hingga sebati dan garing. Tutup api dan sedia dinikmati.
* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Gulai manis Sotong

Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)

300-500 gm sotong dipotong cincin

3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dihiris halus

1 sudu besar rempah kari ikan/ udang- bancuh dengan 1/4 cawan air

1 tangkai daun kari

1/2 biji tomato dipotong 3

1/2 cawan santan (sederhana pekat)

garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan rempah kari dan daun kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan sotong dan rempah kari.

2. Kacau rata dengan rempah dan tutup periuk. Biar 2 minit supaya sotong lembut. Buka tudung periuk, masukkan santan, tomato, garam dan 2 sudu teh gula. Biarkan mendidih dan kuah pekat sedikit. Tutup api dan sedia dihidang.

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Kerabu kampung kerang dan pucuk paku

Bahan-bahannya: (hidangan untuk 3-5 orang)

1/2 kg kerang

1 ikat pucuk paku-dibasuh dan diambil daun, batang dan pucuk yang lembut-celur hingga lembut.

5 ulas bawang merah ditumbuk halus

2 sudu besar cili kisar/ 3 tangkai cili kering direndam dengan air panas dan ditumbuk halus

1 sudu teh belacan yang telah dibakar

2 sudu besar kerisik

2 sudu besar air asam jawa / 1 sudu besar pati asam jawa Adabi dicampurkan 1 sudu besar air

segenggam tauge dilalukan air mendidih di dalam penapis- toskan

Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Basuh kerang bersih-bersih. Masukkan dalam periuk. Masukkan air secukupnya hingga tenggelam kerang. Didihkan dan tutup api. Kacau sedikit agar kerang masak rata. Kopek kulitnya dan ketepikan.

2. Bancuhkan air asam jawa dengan belacan, bawang, kerisik, cili kisar.

3. Masukkan tauge, pucuk paku dan kerang ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan-bahan yang dibancuh tadi. Masukkan sedikit garam dan gula. Gaul hingga semua bahan sebati.

Dah siaaap...

*** pucuk paku dan taugeh dicelur seketika sahaja bagi mengekalkan kerangupan dan kesegarannya

***boleh ditambah air limau nipis jika ingin lebih masam dan cili padi jika suka lebih pedas

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Kari kepala Ikan

Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)

sebelah kepala ikan merah saiz sederhana besar

3 sudu besar rempah kari ikan

1 cawan santan sederhana pekat

2 tangkai daun kari

1 sudu teh halba campur

3 ulas bawang merah dihiris

2 ulas bawang putih dihiris

5 batang kacang bendi, dibuang tampuknya

1 biji buah tomato dibelah 6

2 sudu besar air asam jawa cair

garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Campurkan rempah kari dengan 1 cawan air. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halba campur hingga wangi dan bawang kekuningan.

2. Masukkan rempah kari dan daun kari ke dalam periuk. Perlahankan api. Tumis sambil dikacau perlahan-lahan hingga pecah minyak. Rempah yang betul-betul masak menjadikan kari lebih sedap.

3.Masukkan bendi, santan dan tomato. Tambahkan 1 cawan air. Didihkan. Masukkan kepala ikan, air asam jawa dan garam. Tutup periuk dan biar mendidih 2 minit.

4. Terbalikkan kepala ikan. Biar 2 minit lagi. Rasa garam dan tutup api bila cukup rasa. Sedia dihidang bersama nasi putih.

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Sambal Petai Udang

Sambal Petai Ikan bilis dah ada resepinya. Kali ni K.An kongsi resepi Sambal Petai Udang pulak. Mungkin ada yang belum pernah cuba masak sendiri di rumah. Dah ada resepi ni, bolehlah cuba.. senang je...

bersambung...(mata dah kuyu..)

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

400gm udang harimau -dibuang ekor dan potong hujung kepalanya

1 peket petai siap dikopek (boleh guna petai keping, ikut citarasa)

1/2 cawan cili kisar-pekat

3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus

sedikit belacan -hujung jari kelingking

1 sudu besar santan pekat

1 sudu besar air asam jawa cair

garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan petai, air asam jawa, santan dan belacan. Masukkan 1/2 cawan air. Didihkan.

3. Masukkan udang dan kacau rata hingga udang masak. (lebih kurang 2 minit) masukkan garam dan gula secukupnya. Sedia dinikmati.

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Nasi Goreng USA

Tak perlu naik kapalterbang, tapi boleh makan Nasi Goreng Amerika kat mana-mana di Malaysia... hebat kan..? Yang menyediakannya, Restoran Siam tapi nama USA... siapa yang cipta agaknya...?

K.An pun tak tahu.. yang tahu makan dan sedap... Tapi AWAS.. tak semua yang sedap!! Pernah sekali tu, K.An dan Abang Azam pesan Nasi Goreng USA kat satu Restoran di Shah Alam.. Alamak..!! nasi dia warna pink-pink.. bau dia bau sirap dan rasanya... aduuuh. Kenapa la tukang masak ni buat macam ni. Cuba dia rasa.. sedap ke...?

Kali pertama makan nasi goreng Usa yang sedap ialah di
Zai Seafooddi Bandar Sg.Buloh. (sekarang ada cawangan di kawasan jalan lama Hospital Sg Buloh). Sampai sekarang rasanya tetap sama.. 'Tauke'nya tetap sama (dah bertambah anak) dan suasananya masih sama macam 10 tahun lepas. Kalau nak makan sup sayur pun sedap kat sini.. bukan sayur sahaja yang ada, tapi macam-macam ada. Tak kedekut langsung.

Punya sedap Nasi Goreng USA kat sini, hingga satu ketika di bulan puasa... kami anak beranak, berbuka di sana dengan 3 pinggan nasi Goreng USA. (K.An satu, Abang Azam satu, Iqbal satu).. Asma' kecik lagi masa tu, yang lain belum ada.. Puas hati betuuul..
Macam biasa, bila makan yang sedap, K.An akan jadikan kayu ukur untuk resepi yang K.An reka. Selagi tak dapat rasa yang sama, K.An takkan copkan LULUS.

Disebabkan dah bertahun makan nasi Goreng USA.. rasanya pun dah sebati dan stabil.. jadi ekslusif untuk peminat periuktanah, inilah resepi Nasi Goreng USA.


Bahan-bahan Nasi Goreng: (menghasilkan 3 pinggan nasi)

1 mangkuk nasi sejuk

2 ulas bawang merah ditumbuk kasar

2 ulas bawang putih ditumbuk kasar

2 helai daun sawi dipotong kecil

sedikit karot dihiris halus

sedikit bunga kobis dipotong kecil

1 ekor sotong sederhana besar dihiris kecil-kecil

sedikit daging dihiris kecil

1 sudu teh sos tiram

2 sudu besar kicap manis

2 sudu besar cili kisar

3 biji cili padi akar diketuk

1 biji cili merah dihiris nipis

1/4 biji bawang besar holland dihiris bujur

Cara membuatnya:

1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Gunakan api sederhana. Masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi. Tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis 1 minit.

2. Masukkan daging dan sotong. Kacau 1 minit. Masukkan sawi, sos tiram dan kicap.Masukkan sedikit garam. Masukkan karot dan bunga kobis. Kacau seketika.

3. Masukkan nasi yang telah dileraikan. Gaul rata.Tambahkan kicap jika suka lebih gelap.

4.Tutup api. Goreng telur mata kerbau di kuali berasingan. Hidang nasi bersama daging merah dan telur mata kerbau. *** resepi daging merah dalam -lauk-pauk-daging

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Nasi Goreng Ayam

Memasak- bukan sekadar memasak tetapi kebolehan merancang juga penting. Satu kebaikannya ialah jimat masa dan satu lagi jimat wang. Yang penting, seawal pergi membeli bahan mentah di pasar, kita mesti merancang dulu apa yang kita nak masak sekurang-kurangnya untuk seminggu supaya tak ada sayur yang layu di peti ais atau ikan yang terbiar beku berminggu-minggu...

Ada juga bahan mentah yang boleh dibahagikan kepada beberapa kali memasak. Contohnya seekor ayam, boleh dimasak 3 kali. Kalau nak mudah, seawal membersihkan ayam, bahagikan kepada 3 bekas menyimpan... kan senang bila nak digunakan nanti.
Ada pulak masakan yang boleh dipelbagaikan setelah dimasak kali pertama. Contohnya nasi ayam. Masak nasinya lebih sedikit untuk tengahari. Ayam yang diperap pula jangan digoreng kesemuanya. Simpan sedikit untuk dibuat nasi goreng ayam untuk hidangan malam..
Anak-anak memang suka kepelbagaian macam ni.

Dalam edisi nasi goreng yang lepas, K.An pernah sebutkan nasi goreng ayam paling sedap yang pernah K.An rasa, masih lagi di seksyen 14 P.Jaya. Cuma dah lama tak ke sana, K.An pun tak pasti wujud lagi ke tempat tu yek...?
Tapi nak cuba resepi K.An ni pun boleh juga...

Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)

1 mangkuk nasi ayam (lebihkan kalau nak tambah)

1/2 ekor ayam yang telah diperap dengan kicap dan sup

2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dimayang

1 sudu besar kicap perapan ayam

2 sudu besar sos nasi ayam

1 sudu teh sos tiram

sayur campur (jagung, kacang peas, karot)-secukupnya

1 biji telur

1/4 cawan isi ayam dipotong kecil-kecil

3 ekor udang harimau

1 mangkuk sup

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan isi ayam. Gorengkan seketika. Kemudian, terus masukkan bawang merah dan putih dan tumis hingga wangi.

2. Masukkan sos, kicap dan sos tiram. Kacau sebentar. Masukkan sayur campur, udang dan 1/4 cawan sup ayam. Pecahkan telur.

3. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati. Tambahkan garam jika perlu. Jika telah cukup rasa, tutup api dan hidangkan bersama ayam, sos, ulaman dan sup.

***Gorengkan ayam yang telah diperap dan potong ikut citarasa. Hidangkan bersama nasi

* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com

Ayam Goreng Kicap


Bahan-bahan ayam goreng kicap ni sama dengan ayam masak kicap, cuma yang berbeza, yang ini kita gunakan isi ayam di bahagian dada dan dipotong kecil-kecil.

Gaul dengan garam-kunyit, Panaskan 3 sudu besar minyak masak, dan goreng isi ayam hingga kekuningan. Jangan angkat tapi terus masukkan bahan tumisan (seperti resepi ayam masak kicap- rujuk resepi lepas) dan ikutlah proses seterusnya hingga selesai.

Masakan ni sesuai untuk ibu-ibu yang nak makan sikit je untuk 2,3 mulut dan sesuai juga dimasak untuk makan malam yang tak payah guna bahan banyak-banyak...
* Resipi dari http://periuktanah.blogspot.com