Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 21, 2010

Gambar Siti Nurhaliza & Sharifah Aini Berbaik

Alhamdulilah… sempena dengan bulan Ramadan al Mubarak dan kedatangan Syawal yang bakal tidak tiba tidak lama lagi, hubungan Datuk Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini kembali bertaut dan diharapkan pertemuan di satu sesi fotografi ini menjernihkan kekeruhan dan perbalahan mereka.

Budiey rasa, berita ini akan mengembirakan semua pihak termasuklah peminat dan wartawan. Semoga hubungan baik ini terus terjalin sampai bila-bila.

Berikut ini disiarkan berita dan beberapa gambar Siti Nurhaliza dan Sharifah Aini disatukan dalam satu sesi fotografi.

Siti Nurhaliza Sharifah Aini

SESUDAH lebih lima tahun berada dalam ‘kancah dingin’, akhirnya Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan penghibur handalan, Datuk Siti Nurhaliza, kembali mengukuhkan ikatan silaturahim mereka apabila dipertemukan semula dengan usaha pihak media tempatan.

Mengesahkan mengenai perkara itu, Siti yang ditemui pada majlis pelancaran lagu raya terbaru, Panggilan, di Ampang, Hulu Klang berkata dia menyambut baik usaha pihak media itu kerana selama ini tidak pernah menyimpan sebarang rasa dendam atau marah terhadap Kak Pah.

Kata Siti:

“Siti berterima kasih kepada rakan media termasuk Berita Harian kerana bersungguh-sungguh mengatur sesi foto untuk Siti dan Kak Pah. Memang Siti tiada masalah untuk bertemu Kak Pah dan insya-Allah, kami akan berjumpa dalam sesi fotografi yang sudah diaturkan. Siti anggap semua cerita dulu sebagai satu pengalaman yang mematangkan diri Siti dan harus dilalui dengan tabah. Semua yang terjadi antara Siti dan Kak Pah dulu sudah Siti lupakan dan tidak pernah Siti simpan dalam hati.”

“Siti amat kagum dengan Kak Pah. Siti ini masih jauh kalau mahu dibandingkan dengan Kak Pah. Apa yang Siti lalui ini lebih dulu dilalui oleh Kak Pah. Arwah bapa Siti peminat besar Kak Pah dan apabilla terdengar lagu Kak Pah dimainkan di TV atau radio, dia sanggup berhenti berbual untuk mendengarnya.”

Komen Kak Pah:

“Sebenarnya sudah lama pihak media mahu mempertemukan saya dengan Siti baik dalam perjumpaan tertutup mahupun terbuka, cuma masa tidak mengizinkan kami ketika itu. Terus terang, sejak tahun lalu lagi saya sudah bertemu dengan Datuk K (Khalid Muhd Jiwa) dan Siti di majlis rasmi. Ketika ini kami bertegur sapa dan bertanyakan khabar. Bagi saya, foto sesi ini hanyalah formaliti saja kerana kami sudah pun berjumpa. Dulu saya dan Siti menjadi mangsa keadaan dan ia hasil perbuatan orang di sekeliling yang menghasut, memfitnah dan cuba melaga-lagakan kami. Semuanya saya anggap sebagai salah faham saja dan tiada sebab untuk kami memanjangkan isu lama.”

“Saya tak dapat menahan sedih apabila melihat Siti melentukkan kepalanya ke paha saya. Saya nampak Siti macam seorang anak. Timbul rasa kasihan apabila dia terpaksa melalui semua ini dan dalam tempoh enam tahun ini kami tidak boleh bercakap kerana masalah yang berpunca daripada orang lain.”

Kata-kata Sharifah itu membuatkan Siti juga sebak dan menahan air mata. Selepas sesi temu bual selesai, Siti tidak dapat menahan sebak dan melangkah ke arah suami yang hadir semasa sesi hampir selesai untuk menjemputnya pulang. Sharifah Aini juga membuka rahsia yang dia memiliki kesemua album Siti dalam perpustakaan muzik di rumahnya kerana turut kagum dengan bakat yang Siti miliki.

Sebelum melangkah pulang, masing-masing saling menjemput ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri akan datang. Itulah detik yang mahu dilihat oleh peminat yang mengikuti perkembangan kedua-dua penyanyi bersuara lunak ini.

Siti pula enggan mengulas lanjut mengenai perkara yang sudah-sudah kerana menyifatkan selama ini tiada sengketa atau pergaduhan antara mereka hingga pertemuan itu perlu disifatkan sebagai satu misi damai. Pada 2004, kontroversi pernah tercetus apabila gara-gara e-mel yang membabitkan Kak Pah dan Siti. Ia menggemparkan dunia hiburan tanah air hingga kes itu terseret ke mahkamah apabila Sharifah Aini didakwa menyebarkan e-mel yang memburuk-burukkan Siti.

Sharifah Aini didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan fitnah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Seramai 20 saksi terdiri dari artis dan wartawan hiburan dipanggil sebagai saksi tetapi atas masalah teknikal, kes itu akhirnya digugurkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 12 April 2005.

Nama Siti timbul berikutan e-mel layang yang dikatakan ditulis dan dihantar oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘Asmah & The Gang’. Berikutan itu, polis menerima beberapa laporan yang dibuat beberapa individu, termasuk artis dan wartawan hiburan tempatan di Balai Polis Pantai, Sungai Besi, Damansara, Salak Selatan dan Brickfields berhubung penyebaran e-mel berkenaan.

Seorang pensyarah lelaki berusia 37 tahun turut ditahan polis Pulau Pinang pada 26 September 2004 untuk membantu siasatan kes menyebarkan e-mel layang itu.

Sejak itu juga, peminat kedua-dua penyanyi ini dilihat mempertahankan mereka hingga berlaku perdebatan sesama peminat di Internet. Hubungan Siti dan Kak Pah juga dilihat makin renggang berbanding sebelum itu apabila mereka pernah digandingkan bersama seperti ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABPBH2003) di Genting Highlands.

Apapun, jelas kedatangan Ramadan kali ini benar-benar membawa rahmat kepada Siti mahupun Kak Pah kerana mereka kembali mengeratkan hubungan silaturahim seperti mana adik dan kakak.

“Saya ingin teruskan hidup dengan tenang dan menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagaan hiasan dalaman,” kata Kak Pah.

kredit: Harian Metro & ManggaOnline

Siti Nurhaliza Sharifah Aini

Siti Nurhaliza Sharifah Aini

Siti Nurhaliza Sharifah Aini

* http://www.budiey.com

No comments:

Post a Comment