bahang semakin panas dengan kes cerai Roslin Hashim apabila Raja Azmi yang juga kakak angkat kepada Roslin Hashim didakwa oleh Norhayati berdua-duaan di bilik hotel ketika Norhayati menyerbu bilik tu dengan ahli keluarganya.
Laporan berita penuh:
Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur di sini, Rabu, bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, dalam keadaan tegang setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.
Menurut Roslin, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.
kes sebutan pertama pengesahan cerai yang difailkan Norhayati selaku plaintif terhadap suaminya didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad. Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara.
Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.
Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman.
Ketika ditanya oleh Wan Mahyuddin Wan Muhammad kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.
Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu.
"Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut," katanya.
Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan. Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri.
Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.
Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak “I cerai you-lah.”
Sementara itu Roslim ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan.
Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati.
Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.
Ketika ditanya oleh Roslizam apakah hubungannya dengan produser filem itu, ujar Roslin, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu.
Katanya ketika Norhayati tiba di hotel itu dia berada di luar dan kembali semula 20 minit kemudian. Pada ketika itulah berlakunya perdebatan sehingga menyebabkan dia melafazkan cerai.
“Kalau dia betul syak saya ada hubungan dengan Raja Azmi, kenapa tidak berterus terang dengan saya. Apa sebenarnya dia mahu?” soalnya.
Menurut Roslin, dia tiada niat untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati sebaliknya sekadar meyebut perkataan itu tanpa ada bilangan talak.
Mahkamah bagaimanapun menangguhkan perbicaraan dengan menetapkan 1 September dan 22 September depan untuk pihak plaintif dan defendan memfailkan hujah bertulis.
Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.
Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.
sumber: Mstaronline
No comments:
Post a Comment