Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, August 19, 2010

Kes Cerai: Roslin Hashim Kerap Bersama Raja Azmi Tapi Jarang Balik Ke Rumah

Lagi kisah panas kes cerai Roslin Hashim dan Norhayati Othman. Pada hari yang sama Roslin diserbu oleh isterinya Norhayati di Hotel Jalan Ampang tu, Roslin mengaku beriadah dan meluangkan masa dengan Raja Azmi berkuda di Kemensah dan makan durian. Selepas tu pergi ke Hotel bersama Raja Azmi dengan pengetahuan Jalani Sidek.


Tentu orang ramai tertanya kan apa dibuat pergi ke hotel sedangkan rumah sendiri dah ada.


Beriadah bersama isteri orang? Ye memang le Raja Azmi dah dinggap kakak angkat oleh Roslin tapi tak manis kalau selalu berkepit dengan wanita bukan muhrim.,lagi pulak Roslin tu dah kahwin, mesti le mengundang fitnah dan buruk orang tengok.
Kalau beriadah bersama isteri kan manis, tak le isteri makan hati kan..alahai kopi pu pelik le, asyik asyik Raja Azmi lagi ada dalam isu perceraian Roslin dengan isteri dulu dan sekarang.

Roslin jugak dikatakan jarang pulang ke rumah selama berkahwin dengan Norhayati. Mereka bakal membuat majlis resepsi bagi perkahwinan mereka selepas ibu bapa Norhayati pulang dari Mekah selepas Aidilfitri nanti, nampaknya majlis resepsi tu terbatal le.



Soal jawab di Mahkamah:
ZULKARNAIN: Pada 7 Ogos 2010, kamu berada di mana?

NORHAYATI: Saya berada di dalam bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang.

ZULKARNAIN: Siapa lagi ada bersama kamu ketika itu?

NORHAYATI: Dua adik saya, Arif Rafhan dan Arif Fauzan.

ZULKARNAIN: Siapa lagi?

NORHAYATI: Jailani Sidek dan Raja Azmi Raja Sulaiman serta defendan (Roslin)

ZULKARNAIN: Apa berlaku sebelum lafaz?

NORHAYATI: Kami tidak bertengkar, cuma berdebat.

ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu dengar lafaz cerai itu?

NORHAYATI: Ya, defendan lafaz ‘I cerai youlah (saya ceraikan kamu)’.

ZULKARNAIN: Bagaimana keadaan defendan ketika itu?

NORHAYATI: Dia dalam keadaan sedar, siuman, tenang, duduk di kerusi

ZULKARNAIN: Apa soalan kamu?

NORHAYATI: Saya mahukan jawapan. Ketika itu saya bertanya dalam bahasa Inggeris ‘I want your decision now’ (Saya mahukan jawapan awak sekarang). Selepas itu dia lafazkan.

ZULKARNAIN: Pada masa itu kamu mengandung?

NORHAYATI: Saya suci dan tidak mengandung.

ZULKARNAIN: Ada lakukan hubungan kelamin sepanjang perkahwinan?

NORHAYATI: Ada.

Sementara itu, Roslin ketika menjawab soalan Roslizam berkata, ketika dia melafazkan talak terhadap isteri, keadaan di dalam bilik itu tegang dan dia tertekan serta marah sehingga mengeluarkan lafaz itu.

“Ketika itu saya pergi ke bilik hotel itu, tetapi saya tidak bersama Raja Azmi di dalam bilik. Memang benar dia (Raja Azmi) daftar masuk, tetapi saya pergi dengan keizinan Jailani. Dalam lima hingga 10 minit Jailani menghubungi saya dan bertanya sama ada saya di hotel, saya katakan ya. Jailani meminta saya pulang kerana dia mahu bertemu isterinya di hotel itu.

“Kemudian saya dengar pihak keluarga isteri datang ke hotel untuk menangkap saya kerana bersekedudukan dengan Raja Azmi. Saya marah kerana sepatutnya dia (Norhayati) berbincang dengan saya dan jika dia syak saya mempunyai hubungan dengan Raja Azmi, dia sepatutnya bertanya dengan saya dan bukan menghubungi Jawi dan media untuk tangkap saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment